Konflik Myanmar sukar, tapi ASEAN komited cari jalan penyelesaian

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui usaha ke arah penyelesaian konflik di Myanmar agak rumit kerana menyentuh pelbagai isu, namun ASEAN tetap komited meneruskannya dengan berpandukan kepada Konsensus Lima Perkara (5PC) sebagai teras.

Perdana Menteri berkata sejak setahun lalu, selepas campur tangan ASEAN di bawah kepemimpinan Malaysia, serangan di negara itu banyak yang sudah dihentikan.

Beliau menegaskan meskipun masih ada serangan berlaku, namun ia bukan pada skala yang dilihat dalam tempoh dua ke tiga tahun lalu, yang mana kampung dihancurkan, pembunuhan berlaku dan ratusan pelarian melarikan diri.

“Baru lima tahun (5PC), Gaza sudah 70 tahun. Kita berupaya dalam doa kita.

“Kita berusaha sedaya upaya membawa kebaikan dan perubahan. Apa upaya kita (lakukan).. hentikan serangan, sama ada penganut Buddha di Karen atau komuniti Islam di Rakhine.

“Bagi saya, walaupun tidak sepenuhnya (dapat diselesaikan), itu kejayaan sangat besar untuk permulaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media penutup Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini, hari ini.

Perdana Menteri menegaskan, ASEAN tidak berganjak dengan syarat 5PC berkenaan dan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan di Myanmar bagi memastikan ia direalisasikan.

Ia termasuk melalui pertemuan beliau dengan pemimpin junta Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing di Bangkok dan Beijing, selain pertemuan Menteri Luar, Datuk Mohamad Hasan serta beberapa rakan sejawatnya dengan pemimpin di Myanmar.

“Ini menunjukkan kesediaan kita mengadakan hubungan baik tetapi tidak berganjak dengan syarat.

“Sekarang kita perlu teruskan. Bagi saya, betul ia agak rumit kerana ia antaranya membabitkan pengiktirafan hak warga negara tapi bagi saya, seperti yang nyatakan kepada Hlaing, kita tidak boleh terima pembunuhan, kampung (dibakar).

“Ada permulaan walaupun saya setuju banyak yang harus dikerjakan,” katanya.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri