MCMC bincang keselamatan data pengguna, kanak-kanak dengan syarikat gergasi teknologi

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengetuai delegasi kerajaan bagi mengadakan pertemuan dengan syarikat gergasi teknologi antarabangsa, termasuk Meta Platforms Inc (Meta), Google dan X di Singapura minggu hadapan.

Pertemuan itu bertujuan membincangkan langkah memperkukuh keselamatan data pengguna serta melindungi kanak-kanak di platform dalam talian, selaras dengan pelaksanaan proses pengesahan identiti elektronik atau electronic Know Your Customer (eKYC) di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mekanisme eKYC yang menggunakan dokumen rasmi kerajaan seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID perlu mempunyai tahap keselamatan tinggi bagi mengelakkan ketirisan maklumat.

Menurut beliau, aspek perlindungan kanak-kanak daripada ancaman siber, termasuk pedofilia, turut menjadi fokus utama dalam pertemuan berkenaan.

“Kita juga tahu antara cabaran utama dalam menjamin keselamatan kanak-kanak di alam media sosial ialah melindungi mereka daripada ancaman pedofilia.

“Perkara ini memerlukan kita melaksanakan proses eKYC dengan mekanisme yang kukuh,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Syahredzan Johan (PH–Bangi) yang ingin mengetahui mekanisme digunakan kerajaan sekiranya mahu mengehadkan akses media sosial bagi kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang memutuskan bahawa perkataan ‘jelik’ dan ‘menyakitkan hati’ di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) adalah tidak berperlembagaan, Fahmi berkata, kerajaan menghormati keputusan tersebut dan sedang meneliti aspek perundangan serta perlembagaan berkaitan.

Beliau menjelaskan bahawa atas nasihat Jabatan Peguam Negara (AGC), kerajaan telah memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu keputusan berkenaan ke Mahkamah Persekutuan.

“Memandangkan keputusan Mahkamah Rayuan itu sedang dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan, semua pihak perlu menunggu keputusan mahkamah tertinggi itu sebelum membuat sebarang pendirian mengenai elemen ‘jelik’ dan ‘menyakitkan hati’ dalam Seksyen 233 Akta 588 sebelum pindaan.

“Proses kehakiman ini perlu dihormati bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keputusan Mahkamah Persekutuan serta mengelakkan isu sub judice,” katanya.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya terpakai kepada peruntukan Seksyen 233 Akta 588 sebelum pindaan yang dibuat baru-baru ini.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula