Kutip 8.8 tan sampah, Skuad Anak Sabah cipta rekod MBOR

SEMPORNA – Pertubuhan Skuad Anak Sabah mencatat kutipan sampah seberat 8,833.80 kilogram sekali gus diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai kutipan sampah terberat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

Rekod itu dicapai menerusi Program Pembersihan Pantai Anak Sabah Semporna 2025 yang menghimpunkan 500 sukarelawan terdiri daripada ahli Skuad Anak Sabah, penduduk Kampung Air serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Program berkenaan turut mendapat kerjasama strategik daripada beberapa organisasi termasuk Kumpulan Sawit Kinabalu, Grill Patio, K2 Water, Page Eight, HS Printing Solution dan Barber Addict yang bersama menjayakan misi kebersihan di Pekan Semporna dan Kampung Air. 

Timbalan Presiden II Skuad Anak Sabah, Mazlan Mainan berkata, program itu bukan sekadar aktiviti kebersihan pantai semata-mata, sebaliknya simbol kebersamaan masyarakat Sabah dalam memperjuangkan kesejahteraan komuniti setempat.

“Kawasan Kampung Air merupakan penempatan majoriti masyarakat anak jati Sabah yang berdepan cabaran serius dalam pengurusan sisa.

“Melalui program ini, kami mahu membantu menangani isu berkenaan secara bersepadu sambil memupuk kesedaran awam mengenai tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar,” katanya selepas majlis pengiktirafan MBOR di Padang Pekan Semporna, pada Ahad. 

Sijil pengiktirafan rasmi MBOR itu disampaikan wakilnya, Edwin Yeoh Tiong Chin.

Menurut Mazlan, kejayaan itu menjadi penanda aras baharu kepada NGO di Sabah untuk terus memainkan peranan aktif dalam usaha pemuliharaan alam sekitar serta memperkukuh semangat kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda.

“Rekod ini bukan kejayaan Skuad Anak Sabah sahaja tetapi milik seluruh rakyat Sabah yang sentiasa bersatu hati menjaga keindahan bumi kita.

“Terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang tenaga dan sumber bagi memastikan kejayaan program berimpak tinggi ini yang secara tidak langsung mengharumkan nama Sabah di peringkat kebangsaan,” ujarnya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan