Ismanira, Zaim Ikhwan mengaku tidak bersalah abai Zayn Rayyan

PETALING JAYA: Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kejadian melibatkan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu didakwa berlaku di Apartment Idaman, Damansara Damai, pada 5 Disember tahun lalu.

Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari, masing-masing berusia 29 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dr Shahliza Warnoh sebentar tadi.

Mengikut pertuduhan, Ismanira dan Zaim Ikhwan didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ismanira dan Zaim Ikhwan didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal antara 5 Dis 2023 jam 12 tengah hari dan 6 Dis 2023 jam lebih kurang 9.55 malam, di sekitar kawasan Jalan PJU 10/1 Damansara Damai.

Pasukan pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor Ku Hayati Ku Haron mencadangkan jaminan RM15,000 untuk setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan memohon kedua-dua tertuduh melaporkan kepada balai polis terdekat setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam mereka, Mahmud Abdul Jumaat dan Fahmi Abd Moin memohon agar kos jaminan dikurangkan kerana kedua-dua tertuduh mengalami tekanan yang melampau dan perlu menampung kos rawatan yang tinggi selain hanya Zaim Ikhwan yang bekerja sebagai penaung tunggal keluarga berkenaan.

“Sejak enam bulan kes ini berjalan kedua-dua tertuduh juga telah memberikan kerjasama yang sangat baik untuk membantu siasatan pihak polis,” kata Mahmud.

Shahliza membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang.

Ini dengan syarat kedua-dua tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan rumah pada setiap 1 hari bulan selain tidak dibenarkan menganggu saksi-saksi kes sehingga kes selesai.

Mahkamah juga mengenakan larangan kepada pihak-pihak terlibat dalam kes daripada mengeluarkan sebarang kenyataan sepanjang perjalanan kes tersebut.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes 26 Julai 2024. – AWANI

Related Posts

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

KUALA LUMPUR- Bekalan peranti perubatan negara kekal kukuh dan berada pada tahap terkawal walaupun berdepan kesan krisis tenaga global yang menjejaskan ketersediaan produk import berisiko tinggi di pasaran tempatan. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta