Trump puji peranan Malaysia dalam pelan damai Kemboja-Thailand

PUTRAJAYA – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memuji peranan penting Malaysia dalam memudahkan rundingan gencatan senjata antara Thailand – Kemboja, bagi memulihkan keamanan di sempadan yang menjadi pertikaian.

Trump berkata, beliau memutuskan untuk memasukkan Malaysia dalam lawatan serantau beliau sebagai pengiktirafan kepada diplomasi aktif Malaysia dalam membantu menguruskan gencatan senjata itu.

“Saya memberitahu pemimpin Malaysia (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang merupakan seorang yang sangat baik, saya berkata, ‘Saya rasa saya wajar membuat lawatan ke sini,’ dan sebab itulah kami singgah di Malaysia.

“Malaysia memainkan peranan yang sangat besar (dalam gencatan senjata Thailand-Kemboja),” katanya kepada pemberita di dalam pesawat rasminya, Air Force One, sejurus berlepas dari Washington sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Pesawat Air Force One yang membawa Trump dan delegasinya dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10 pagi tadi.

Sementara itu di laman Truth Social, Trump berkata, beliau dalam perjalanan ke Malaysia untuk menyaksikan pemeteraian perjanjian damai bersejarah antara Thailand dan Kemboja.

“Saya kini dalam perjalanan ke Malaysia, saya akan menyaksikan pemeteraian Perjanjian Damai hebat, yang saya dengan bangganya menjadi perantara antara Kemboja dan Thailand.

“Dukacitanya, Bonda Ratu Thailand (Sirikit Kitiyakara) baru sahaja mangkat. Saya merakamkan takziah kepada seluruh rakyat Thailand atas kehilangan besar ini.

“Saya akan bertemu dengan Perdana Menteri mereka yang hebat sebaik sahaja kami tiba,” katanya.

Satu perisytiharan bersama mengenai gencatan senjata dijangka ditandatangani hari ini antara Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16