Elak jadi mangsa politik persepsi, kata Wan Rosdy

KUANTAN – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menasihatkan semua pihak agar tidak terjebak dengan permainan persepsi di media sosial.

Ini kerana, katanya, tindakan seumpama itu boleh menggugat keharmonian dan tumpuan terhadap pembangunan negeri.

Beliau berkata, rakyat kini semakin bijak menilai dan tidak mudah termakan dengan dakyah yang cuba menimbulkan kebencian terhadap barisan kepimpinan negeri.

“Saya tengok ramai netizen memberi komen negatif, malah ada yang sanggup menabur fitnah seperti mendakwa saya hanya turun ke Jelai ketika ada program tertentu. Itu tidak benar sama sekali,” katanya yang juga Menteri Besar Pahang.

Jelasnya, tuduhan sebegitu tidak berasas kerana sokongan rakyat terhadap kepimpinannya meningkat pada setiap pilihan raya disebabkan kepercayaan kepada usaha Kerajaan Negeri memajukan kawasan luar bandar.

“Saya lebih suka pendekatan kasih dan cakna rakyat, bukan cara ‘hogoh’ atau memaksa.

“Kita bantu mengikut kemampuan dan masa yang sesuai, bukan dengan paksaan,” katanya lagi.

Wan Rosdy berkata, pendekatan ‘Kasih Cheka’ yang diamalkan Kerajaan Negeri bertujuan mendekati rakyat dengan kasih sayang dan keprihatinan, berbeza dengan tindakan agresif pihak tertentu.

“Kalau orang ‘hogoh’ pokok yang belum masak, buah yang gugur pun belum elok dimakan. Begitu juga kalau kita paksa rakyat terima sesuatu dengan cara keras, akhirnya kita sendiri rugi,” katanya.

Beliau turut memberi peringatan kepada semua pemimpin supaya tidak membalas provokasi politik dengan tindakan serupa kerana ia hanya menjejaskan imej kepimpinan.

Related Posts

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

UMNO perlu berani membersihkan namanya daripada sebarang persoalan yang timbul susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji sekiranya benar-benar mahu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ADUN Pas Perlis dilayan seperti pembangkang

KANGAR – Kepimpinan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah didakwa menyisihkan rakan gabungan politik dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dikatakan dilayan seperti pembangkang. Perwakilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16