Anak muda yakin bersama Kerajaan MADANI, intai 3 kerusi DUN – AMK Perlis

KANGAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis melihat keyakinan golongan muda terhadap Kerajaan MADANI semakin meningkat hasil pelbagai inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Ketuanya, Ahmad Azzin Izzad Bahanudin berkata, anak muda kini semakin sedar akan perubahan yang dibawa Kerajaan Perpaduan walaupun masih terdapat ruang untuk penambahbaikan.

“Kerajaan kini berjaya membawa satu perubahan. Walaupun benda itu belum sempurna dan ada kepincangan, tapi anak muda sudah nampak perubahan itu.

“AMK Perlis turut mengambil langkah proaktif mendekati pengundi muda termasuk pelajar tingkatan enam yang bakal menjadi pemilih pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16),” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Media Perlis di sini semalam.

Tambahnya, AMK Perlis merangka beberapa pendekatan bagi mendekati mereka melalui aktiviti pendidikan dan kesedaran politik secara sihat.

Selain itu, AMK negeri turut melaksanakan pelbagai program melibatkan sukan, permotoran dan aktiviti santai bagi menarik minat belia menyertai program anjuran parti.

Ahmad Azzin berkata, media sosial juga dimanfaatkan sepenuhnya sebagai saluran utama untuk menyebarkan maklumat tentang dasar dan inisiatif Kerajaan MADANI kepada generasi muda.

“Kita turun ke bawah, mendekati pelbagai segmen anak muda sambil memberi pendedahan tentang usaha kerajaan memperkukuh ekonomi dan peluang pekerjaan.

“Dalam masa sama, saya yakin bahawa kerjasama erat antara Angkatan Muda Harapan (AMH) dan Pemuda UMNO di Perlis akan memperkukuh sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan,” jelasnya.

Katanya, berdasarkan analisis awal, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer, Chuping dan Sena dilihat berpotensi besar untuk dimenangi calon muda daripada sayap parti itu pada PRU16 nanti.

Tambahnya lagi, kawasan seperti Sena pernah dimenangi calon PKR pada PRU14 lalu dan dengan kerjasama Kerajaan Perpaduan bersama Barisan Nasional (BN), peluang kali ini lebih besar.

Related Posts

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

KUANTAN – Program Semarak Merdeka MADANI Inderapura 2026 selama dua hari yang bermula hari ini, menerima penyertaan menggalakkan daripada penduduk taman perumahan sekitar. Program di bawah Geran Perpaduan Kementerian Perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16