3 peniaga ‘lobster’ dikompaun RM900 gagal pamer tanda harga

SEMPORNA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna mengenakan kompaun RM900 terhadap tiga peniaga hasil laut di Pasar Ikan Semporna selepas gagal meletakkan tanda harga bagi jualan udang kara (lobster).

Tindakan itu diambil susulan aduan tular di media sosial pada Selasa yang mendakwa berlaku penipuan terhadap pelancong China ketika membeli lobster di pasar terbabit.

KPDN Semporna dalam kenyataan berkata, pemeriksaan atau operasi bersepadu kemudian dijalankan lima pegawai penguat kuasa bersama Majlis Daerah Semporna (MDS)  dengan pemeriksaan melibatkan 40 premis perniagaan, pada Rabu.

“Hasil siasatan mendapati kejadian yang ditularkan semula itu sebenarnya berlaku enam bulan lepas namun dikongsikan kembali sebuah portal berita, baru-baru ini.

“Sementara itu, menerusi operasi Bersepadu, KPDN menghasilkan tiga kes di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 kerana kegagalan mempamer tanda harga udang kara,” kata kenyataan itu, pada Khamis.

KPDN Semporna menegaskan pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana peniaga yang tidak beretika serta mengingatkan semua peniaga supaya mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan.

“Orang ramai di daerah ini turut digalakkan menjadi mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat sekiranya berlaku penyelewengan harga atau gangguan bekalan.

“Ia boleh disalurkan melalui saluran rasmi aduan KPDN iaitu Whatsapp 019 848 8000, panggilan telefon 1800886800, http://eaduan.kpdn.gov.my dan aplikasi EzADU KPDN bagi pengguna Android dan iOS,” ujarnya.

Related Posts

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

KUANTAN – Program Semarak Merdeka MADANI Inderapura 2026 selama dua hari yang bermula hari ini, menerima penyertaan menggalakkan daripada penduduk taman perumahan sekitar. Anjuran Kementerian Perpaduan Negara itu menyediakan antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16