IKBN Kemasik perkukuh budaya integriti dan tadbir urus penjawat awam

KEMASIK – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik terus memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus dalam kalangan penjawat awam melalui penganjuran program bertemakan ‘Kerja Kita, Amanah Kita: Nilai Tatakelola Dalam Tindakan’ di Dewan Seri Suria, baru-baru ini.

Seramai 60 kakitangan IKBN Kemasik menyertai program tersebut yang bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai prinsip tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan dalam pelaksanaan tugas harian.

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Kemasik, Rahmat Elli berkata, inisiatif itu selaras dengan aspirasi MADANI, khususnya dalam memperkukuh tonggak Etika dan Ihsan bagi melahirkan penjawat awam yang cekap, berkesan serta berintegriti tinggi.

“Penerapan nilai integriti, kebertanggungjawaban dan ketelusan merupakan asas penting dalam membina pentadbiran yang kukuh dan dipercayai rakyat,” katanya.

Program tersebut turut menjadi platform memperkukuh dasar antirasuah dan governan di peringkat institusi melalui amalan terbaik urus tadbir serta tanggungjawab sosial penjawat awam.

Menerusi sesi pembentangan, perkongsian ilmu dan perbincangan interaktif, para peserta didedahkan kepada amalan kerja beretika dan nilai integriti yang perlu diterapkan dalam tugasan seharian.

Penganjuran ini membuktikan komitmen berterusan IKBN Kemasik untuk melahirkan penjawat awam berkemahiran tinggi dan berjiwa MADANI, seiring hasrat kerajaan membentuk ekosistem perkhidmatan awam yang telus, adil dan penyayang.

Related Posts

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

KUANTAN – Program Semarak Merdeka MADANI Inderapura 2026 selama dua hari yang bermula hari ini, menerima penyertaan menggalakkan daripada penduduk taman perumahan sekitar. Anjuran Kementerian Perpaduan Negara itu menyediakan antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi