Timor-Leste anggota rasmi ASEAN antara pencapaian utama Kepengerusian Malaysia

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemasukan Timor-Leste sebagai anggota rasmi ASEAN menjadi antara pencapaian utama di bawah Kepengerusian Malaysia.

Perdana Menteri berkata, keanggotaan penuh Timor-Leste mencerminkan semangat keterangkuman ASEAN dan menjadi simbol kejayaan diplomasi serantau berpaksikan perpaduan serta persefahaman antara negara anggota.

“Timor-Leste wajar diberi tempat dalam keluarga ASEAN. Saya gembira kerana perkara ini berlaku ketika Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN.

“Solidariti Malaysia bersama Timor-Leste bukan sekadar hubungan rasmi antara kerajaan tetapi juga berasaskan nilai persaudaraan serantau yang kita kongsi bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Taklimat bersama Ketua Pengarang bersama Media Tempatan dan Antarabangsa menjelang Sidang Kemuncak ASEAN di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Keanggotaan penuh Timor-Leste ke dalam ASEAN dijadual berlangsung pada Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur yang akan berlangsung hujung minggu ini.

Langkah itu secara langsung menandakan permulaan baharu bagi negara berkenaan dalam kerangka kerjasama politik, ekonomi dan sosial ASEAN, sekali gus memperkukuh peranan blok itu sebagai entiti serantau yang inklusif dan dinamik.

Related Posts

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

PUTRAJAYA – Pemberian Baucar Buku MADANI RM100 disifatkan bantuan tepat pada masanya ketika golongan mahasiswa ketika ini berdepan peningkatan kos sara hidup dan keperluan pembelajaran yang semakin tinggi. Mahasiwa Sarjana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKM beri amaran premis kesihatan tidak berlesen, penguatkuasaan akan diperhebat

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran bahawa sebarang penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan hanya boleh dijalankan di premis yang berdaftar atau berlesen di bawah Akta 586. Kementerian itu menerusi kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Pemandu Volkswagen GTI mengaku tidak bersalah dalam tragedi Jalan Losong Feri

Pemandu Volkswagen GTI mengaku tidak bersalah dalam tragedi Jalan Losong Feri

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan