Nanas MD2 Kampung Sertik capai gred A

KUANTAN – Projek Pembangunan Peneroka (PPP) FELDA bagi tanaman nanas MD2 di Kampung Sertik, dalam kawasan FELDA Wilayah Mempaga, dekat Bentong, mencatat kejayaan membanggakan.

Kejayaan itu menyaksikan hasil tuaian pertama mencapai atau melebihi Gred A seperti ditetapkan pihak pengurusan FELDA.

Majlis tuaian pertama itu disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah FELDA, Ahmad Nizam Hamid dan turut dihadiri Pengarah (Pembangunan Ekonomi Komuniti) FELDA, Datuk Muhamad Rizal Abdul Rahim.

“Projek ini membuktikan kejayaan amalan konsistensi, penyelarasan dan ketelusan dalam kalangan warga FELDA,” kata Ahmad Nizam.

Dalam pada itu, warga Kampung Sertik menzahirkan rasa syukur atas inisiatif dilaksanakan FELDA di kawasan mereka.

PPP FELDA adalah antara inisiatif pihak pengurusan tanah rancangan dalam meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan warga peneroka.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM