Dua rentung kereta rempuh pokok sawit

KOTA TINGGI – Dua rentung selepas kereta mereka naiki merempuh pokok dan terbakar dalam kawasan ladang sawit di Jalan Tanjung Balau di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan II, Faizal Ahmad berkata, lelaki dan wanita berkenaan dipercayai terperangkap dalam kereta Toyota Vios terbabit.

Katanya, bomba terima panggilan kecemasan jam 4.48 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati ada dua mangsa dalam kereta terbakar selepas merempuh pokok.

“Seorang mangsa adalah lelaki dewasa berusia 21 tahun manakala seorang lagi wanita dewasa yang belum diketahui identitinya,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa terperangkap dalam kereta dan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kebakaran.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM