Jota-Joti Miri pupuk literasi digital dan nilai murni dalam kalangan belia

MIRI – Program Jota-Joti (Jamboree On The Air & Jamboree On The Internet) Peringkat Kebangsaan Daerah Miri yang berlangsung di SMK Merbau berjaya menyatukan ratusan ahli pengakap daripada pelbagai sekolah dan kawasan melalui penggunaan teknologi komunikasi moden.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, merakamkan penghargaan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak, Daerah Miri dan SMK Merbau atas penganjuran program yang disifatkannya bukan sahaja menghubungkan anak-anak pengakap melalui teknologi, tetapi turut membina jaringan persahabatan dan pertukaran ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Program seperti ini bukan sekadar memperkukuh kemahiran komunikasi, malah menanam semangat perpaduan, disiplin dan nilai kepimpinan dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada semua jurulatih, guru pengiring, sukarelawan serta pihak keselamatan yang memainkan peranan penting memastikan kelancaran penganjuran program tersebut.

Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa kemajuan teknologi membawa pelbagai kemudahan, namun hadir bersama cabaran seperti penyebaran maklumat palsu, kandungan tidak sihat, penipuan dalam talian serta pengaruh negatif media sosial yang boleh menjejaskan masyarakat.

Justeru, beliau menegaskan bahawa literasi digital perlu dipupuk sejak di bangku sekolah bagi membentuk pengguna internet yang beretika dan berfikiran kritis.

Beliau turut menghargai kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cawangan Miri yang memberi penerangan tentang keselamatan siber semasa program berkenaan, serta menyeru agar pendidikan seumpama itu diteruskan secara berkala di sekolah.

Selain isu keselamatan digital, beliau turut menyentuh keprihatinan masyarakat terhadap insiden melibatkan pelajar di institusi pendidikan kebelakangan ini.

Beliau menegaskan bahawa pembinaan nilai dan sahsiah pelajar adalah sama pentingnya dengan pencapaian akademik.

“Antara usaha yang wajar diperkukuh ialah penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum, khususnya unit beruniform seperti Pengakap. Melalui gerakan beruniform, pelajar belajar disiplin, kepimpinan, menghormati rakan dan guru, serta mengurus perbezaan dengan adab dan bukan dengan kekerasan,” katanya lagi.

Menurut beliau, pendidikan kokurikulum bukan sahaja melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, tetapi juga individu yang berakhlak, berani menolak kejahatan dan cintakan kebenaran.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia memperkasakan aktiviti kokurikulum di sekolah dan memastikan sokongan berterusan kepada program pembangunan belia.

Beliau turut menegaskan bahawa Pejabat Parlimen Miri akan terus menyokong inisiatif rentas agensi bagi membina ekosistem pendidikan yang selamat, beradab dan berprestasi tinggi.

“Dengan menanam nilai, membina jati diri dan memberi ruang kepada pelajar untuk belajar sambil memimpin, kita mampu melahirkan generasi Miri yang bijak digital, tinggi budi dan sedia berbakti kepada Sarawak serta Malaysia,” katanya mengakhiri ucapan.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu