TOKYO – Dewan Rendah Parlimen Jepun melantik Sanae Takaichi, seorang ahli konservatif yang terkenal dengan pendiriannya yang kritikal terhadap China, sebagai perdana menteri wanita pertama negara itu.
Ahli politik berusia 64 tahun itu dilantik secara tidak dijangka melalui undi majoriti pada pusingan pertama pengundian dan secara rasmi memegang jawatan itu selepas menghadap Maharaja Jepun, lewat hari ini.
Menurut kakitangan Dewan Rendah, Takaichi sebagai Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) yang memerintah, menerima 237 undi melebihi majoriti daripada 465 kerusi dalam dewan berkenaan.
Takaichi akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun ke-104 petang ini bagi menggantikan penyandang jawatan, Shigeru Ishiba.
Bulan lalu, Ishiba mengumumkan peletakan jawatannya untuk mengambil tanggungjawab atas kekalahan pilihan raya.






