Fire Fighter’s Run galak gaya hidup sihat, erat hubungan agensi dan rakyat

LIMBANG – Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah memuji komitmen tinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Limbang dalam menjalankan tugas serta mendekati masyarakat melalui pelbagai program kemasyarakatan termasuk penganjuran Fire Fighter’s Run 3.0 yang berlangsung meriah di sini, hari ini.

Menurut beliau, penglibatan aktif JBPM dalam program seumpama itu bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, malah turut memperkukuh hubungan antara agensi penyelamat dan komuniti setempat.

“Saya amat menghargai usaha Bomba Limbang yang sentiasa proaktif bukan sahaja dalam aspek operasi menyelamat, malah juga dalam membina hubungan erat dengan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti seperti ini,” katanya ketika merasmikan program tersebut di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Limbang.

Beliau menegaskan bahawa bomba bukan sekadar agensi penyelamat, tetapi juga rakan barisan hadapan yang penting dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

“Peranan bomba amat besar dan tidak boleh dipandang ringan. Mereka sentiasa berada di barisan hadapan ketika kecemasan sama ada kebakaran, banjir, atau kemalangan.

“Atas dasar itu, saya menyeru rakyat Limbang agar terus memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada pasukan bomba serta agensi penyelamat lain kerana tanpa kerjasama rakyat, segala usaha mereka akan terbatas,” tegasnya.

Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang turut menyatakan komitmen untuk terus membantu memperkasa agensi keselamatan dan penyelamat di daerah itu melalui kerjasama erat antara kerajaan pusat dan pihak tempatan.

“Saya memberi jaminan, selagi diberi mandat oleh rakyat, saya akan terus menyokong dan membantu memperkukuh JBPM serta agensi penyelamat lain di Limbang,” katanya.

Beliau turut berharap agar penganjuran Fire Fighter’s Run diteruskan dan diperluas sebagai platform memupuk kesedaran keselamatan serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sihat.

“Kita mahu lihat lebih ramai golongan muda, pelajar dan keluarga di Limbang terlibat dalam aktiviti seperti ini. Selain baik untuk kesihatan, ia juga satu cara menghargai jasa pasukan bomba,” ujarnya.

Program Fire Fighter’s Run 3.0 yang berlangsung di Dataran Jubli Emas, Limbang pada pagi Ahad itu menyaksikan penyertaan lebih 500 peserta pelbagai peringkat umur dan latar belakang, yang berlari sejauh lima kilometer sambil menyokong usaha memartabatkan peranan pasukan bomba di Limbang. 

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik