PRN17 Sabah: GRS akan menang, rumah kita tetap kukuh – Hajiji

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah melalui hasil kesatuan, kesiapsiagaan dan semangat juang jentera parti di semua peringkat.

Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelancaran jentera GRS menjadi medan penting memperkukuh strategi dan semangat seluruh anggota menjelang PRN yang bakal berlangsung bulan depan.

“Jika kita memiliki jentera yang efisien, terlatih dan bersatu hati, insya-Allah GRS akan mencatat kemenangan dalam PRN17 Sabah,” katanya ketika berucap melancarkan Pelancaran Jentera Pilihan Raya GRS, PRN17 Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Ahad.

Beliau mengingatkan jentera parti agar tidak leka, sebaliknya bekerja keras untuk memastikan kemenangan besar dan memastikan Sabah kekal ditadbir oleh kerajaan yang stabil dan berwibawa.

“Kita mesti semarakkan semangat juang dan memperkukuh kesatuan dengan semangat yang padu dan kesatuan yang kukuh, tiada kekuatan lawan yang mampu menggugat perjuangan kita,” katanya.

Hajiji berkata, walaupun dua parti memilih untuk keluar daripada gabungan menjelang Pilihan Raya, kekuatan dan perpaduan GRS kekal utuh kerana perjuangan ini berasaskan keikhlasan dan persahabatan tulen demi masa depan negeri Sabah.

“Peristiwa ‘Langkah Kinabalu’ telah mengajar kita sesuatu yang amat berharga: rumah kita sudah diuji, dan rumah kita tidak tumbang. 

“Rumah kita, kita jaga dan rumah kita, rumah Gabungan Rakyat Sabah,” tegasnya.

Beliau berkata, GRS adalah cerminan kerjasama tulen parti-parti tempatan terbesar di Sabah dan tiada gabungan lain yang mampu menandingi kekuatan itu dan PRN kali ini bukan sekadar perebutan kuasa, tetapi pertarungan menentukan masa depan Sabah.

“Tiada lagi gabungan sebesar GRS yang menyatupadukan parti-parti lokal dengan matlamat memperjuangkan hak orang Sabah sebagai rakan kongsi dalam Malaysia. 

“Sebab itu penting untuk kita pastikan GRS bukan sahaja menang, tetapi menang dengan penuh bergaya.

“Kemenangan GRS akan memberi kita suara lebih besar dalam memperjuangkan hak negeri dan memastikan dasar pembangunan sedia ada diteruskan. 

“Jika gagal, rakyat dan negeri ini akan rugi,” katanya.

Beliau turut menyeru jentera GRS di semua peringkat untuk menguasai medan media sosial dalam menangkis fitnah dan menyalurkan maklumat tepat kepada rakyat.

“Pembangkang menabur fitnah dan propaganda di media sosial. 

“Jika mereka menyerang dengan kebohongan, kita mesti serang balik dengan kebenaran dan fakta.

“Jangan biarkan Sabah ini kembali ke tangan mereka yang gagal mentadbir, tiada hala tuju jelas dan hanya berpolitik atas dasar dendam serta kepentingan peribadi.

“PRN17 kali ini bukan sekadar pertempuran di lapangan, tetapi juga di ruang maya. 

“Medan media sosial menjadi gelanggang 

“utama untuk membentuk persepsi rakyat. Kemenangan GRS banyak bergantung kepada sejauh mana kita mampu menguasai ruang ini dengan mesej yang jelas, pantas dan berkesan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya seluruh jentera GRS bersatu, tangkas, dan kreatif menggunakan media sosial sebagai alat komunikasi utama, maka tidak ada propaganda pembangkang yang mampu menggugat keyakinan rakyat terhadap GRS.

Hajiji menegaskan bahawa semangat juang GRS tidak akan luntur biarpun berdepan cabaran getir.

“Gunung yang tinggi tetap kita daki, lautan yang dalam tetap kita renangi! Rumah kita, kita yang jaga bukan kita, siapa lagi?,” soalnya.

Related Posts

Maxim perkasa usahawan PKS Sarawak menerusi inisiatif kelengkapan percuma

KUCHING – Syarikat perkhidmatan e-panggilan (e-hailing), Maxim Malaysia terus komited memperkasa usahawan tempatan di seluruh Sarawak menerusi program sokongan perniagaan yang bertujuan meningkatkan keterlihatan dan standard kebersihan premis perniagaan.   Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan Timbalan Exco bongkar nafsu kuasa di sebalik ‘penyatuan Melayu’ – Omar

BELUM reda kemelut pemilihan Menteri Besar, politik Negeri Sembilan kini sedang bergolak susulan syor kerajaan negeri mewujudkan jawatan Timbalan Exco bagi membantu pentadbiran. Penganalisa politik, Omar Mat Noor menyifatkan perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap Premier Sarawak di Istana Pasir Pelangi

Agong terima menghadap Premier Sarawak di Istana Pasir Pelangi

PDRM terima sembilan laporan kes jenayah RCI TH

  • By Aden
  • August 5, 2026
PDRM terima sembilan laporan kes jenayah RCI TH

Maxim perkasa usahawan PKS Sarawak menerusi inisiatif kelengkapan percuma

Maxim perkasa usahawan PKS Sarawak menerusi inisiatif kelengkapan percuma

Tiga keluarga RXZ Member 8.0 maut terima Faedah Sepanjang  Hayat Perkeso

  • By Aden
  • August 5, 2026
Tiga keluarga RXZ Member 8.0 maut terima Faedah Sepanjang  Hayat Perkeso

35 hingga 40 Ahli Parlimen dijangka bahas Laporan RCI Tabung Haji pada sidang khas 11 Ogos

35 hingga 40 Ahli Parlimen dijangka bahas Laporan RCI Tabung Haji pada sidang khas 11 Ogos

Pelantikan Timbalan Exco bongkar nafsu kuasa di sebalik ‘penyatuan Melayu’ – Omar

Pelantikan Timbalan Exco bongkar nafsu kuasa di sebalik ‘penyatuan Melayu’ – Omar