Koperasi Sabah diseru teroka ekonomi hijau, digital dan pelancongan komuniti – Ewon 

PENAMPANG – Koperasi di Sabah digesa agar berani berubah dan meneroka potensi baharu dalam sektor ekonomi hijau, ekonomi digital serta pelancongan komuniti bagi terus kekal relevan dalam arus pembangunan negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, koperasi tidak boleh berpuas hati dengan cara lama sebaliknya perlu berinovasi, mengenali rakan strategik yang tepat dan mengambil langkah proaktif untuk menyahut cabaran masa depan.

“Untuk terus menyala, koperasi perlu mengenali rakan dan pendamping yang tepat, sekali gus berani berubah dan berinovasi.

“Saya melihat antara potensi besar yang harus diterokai ialah ekonomi hijau seperti tenaga boleh diperbaharui dan pertanian mampan, serta ekonomi digital termasuk e-dagang dan pembayaran tanpa tunai.

“Sabah juga mempunyai kekuatan luar biasa dalam pelancongan komuniti, berasaskan budaya, alam semula jadi dan hospitaliti rakyat peluang ini wajar dimanfaatkan oleh koperasi desa,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan program Majlis Perasmian JOM@COOP 2025, di sini pada Ahad.

Dalam ucapannya, Ewon turut menzahirkan penghargaan terhadap Institut Koperasi Malaysia  (IKMa) yang disifatkan sebagai rakan pembangunan modal insan koperasi yang setia sejak sekian lama dan menyatakan komitmennya untuk memperkasa lagi peranan institusi itu.

“Saya ingin melihat peranan IKMa diperkasakan lagi melalui gerak kerja bersinergi bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan semua pihak berkepentingan dalam membawa gerakan koperasi ke tahap yang lebih baik.

“Bagi tahun 2025, kerajaan melalui IKMa memperuntukkan RM6.7 juta bagi pelaksanaan 650 program pembangunan kapasiti koperasi di seluruh negara, termasuk di Sabah,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ewon menegaskan bahawa pembangunan modal insan yang berkualiti adalah asas kejayaan sesebuah koperasi, khususnya dari segi kepimpinan yang berintegriti dan berwawasan.

“Tiada kejayaan koperasi tanpa pembangunan modal insan.

“Kita perlu lahirkan pemimpin koperasi yang berilmu dan mampu membawa transformasi,” katanya.

Sehubungan itu, Ewon menyeru koperasi-koperasi di Sabah untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ditawarkan di bawah kementeriannya dengan menjalin kerjasama bersama pelbagai agensi pembangunan usahawan dan koperasi seperti SKM, TEKUN, SME Bank, AIM, PERNAS dan Bank Rakyat.

“Gerakan koperasi tidak boleh bergerak secara bersendirian. 

“Kita perlu jalin kerjasama rentas agensi untuk bawa koperasi ke hadapan,” tambahnya.

Related Posts

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Oleh: Alif Abd Aziz SEKIJANG, 19 April 2026 – Kerajaan terus komited memperkukuh kefahaman rakyat terhadap isu krisis tenaga global menerusi pendekatan komunikasi bersemuka yang lebih menyeluruh dan berkesan. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah