Gol Trossard bawa Arsenal ke puncak liga

ARSENAL melonjak tiga mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Leandro Trossard memastikan kemenangan 1-0 ke atas Fulham, awal pagi tadi.

Penyerang Belgium itu menjaringkan gol liga pertamanya musim ini pada separuh masa kedua di Craven Cottage.

Jaringan tunggal itu sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan kelima berturut-turut Arsenal dalam semua pertandingan, sekali gus melanjutkan rekod tanpa kalah mereka kepada lapan perlawanan.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu kini menjadi pilihan utama menjuarai EPL – selepas dua kekalahan berturut-turut Liverpool – menyingkirkan juara bertahan itu daripada tangga teratas.

Manchester City sebelum itu sempat memintas Arsenal buat seketika di kedudukan teratas selepas menang 2-0 ke atas Everton.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai