Malaysia bakal wajibkan pengesahan identiti pengguna media sosial

SIPITANG – Malaysia bakal mewajibkan semua platform media sosial untuk melaksanakan proses pengesahan identiti pengguna bagi memastikan kanak-kanak bawah usia 13 tahun tidak memiliki akaun.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu diambil bagi melindungi keselamatan kanak-kanak di alam maya susulan kebimbangan berterusan terhadap beberapa isu yang melibatkan golongan tersebut.

Katanya, telah mengarahkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Jabatan Peguam Negara, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan beberapa agensi untuk ke Singapura minggu hadapan bagi mengadakan pertemuan dengan pihak TikTok, Meta dan beberapa pihak lain.

“Ia bagi menegaskan bahawa beberapa masalah ini perlu diuruskan dengan tuntas menyeluruh termasuk dengan pengesahan identiti melalui dokumen-dokumen rasmi seperti Mykad, pasport dan MyDigital ID.

“Jadi ini Insya-Allah kita akan laksanakan. Saya nantikan pulangnya pasukan setelah mereka berunding berbincang dengan pihak syarikat platform media sosial untuk kita susuli dengan tindakan-tindakan seterusnya,” katanya dalam sidang media selepas program Peluncuran NADI on Wheels (NOW) di NADI Sindumin pada Rabu.

Selain itu, Fahmi berkata, proses pengesahan identiti itu juga diambil bagi membanteras kegiatan penipuan dalam talian.

“Dalam Parlimen saya ada menjawab soalan ada angka-angka yang menggerunkan 78 peratus daripada semua kandungan scam yang telah diturunkan itu berasal dari Facebook,” katanya.

Beliau berkata, walaupun platform seperti TikTok menyatakan tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur 13 tahun mempunyai akaun namun pemerhatian di lapangan mendapati dasar itu gagal dipatuhi.

“Di SK Sindumin, saya melihat sendiri anak-anak darjah 3, darjah 4 memiliki TikTok, walaupun TikTok menyatakan mereka tidak membenarkan kanak-kanak bawah 13 tahun dari memiliki akaun.

“Tetapi rata-rata saya lihat apa yang mereka kata itu mereka tidak menepati janji dan TikTok gagal untuk menjamin kanak-kanak bawah 13 tahun tidak memiliki akaun,” katanya.

Tambah Fahmi, beliau turut mengambil maklum pesanan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa banyak masalah melibatkan remaja dan kanak-kanak masa ini berkait rapat dengan penggunaan media sosial.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP