Tapak pelancar roket masih di peringkat kajian MOSTI

PUTRAJAYA – Projek pembangunan tapak pelancar kapal angkasa di Malaysia masih di peringkat kajian kebolehlaksanaan serta penilaian terhadap cadangan lokasi.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) setakat ini telah menerima laporan kajian kebolehlaksanaan penuh melalui Kerajaan Negeri Pahang dan laporannya dijangka dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Pelbagai Agensi dalam masa terdekat.

Menurutnya, inisiatif itu berpotensi memperkukuh kedudukan negara sebagai antara hab strategik dalam industri angkasa serantau, selain menjana limpahan ekonomi melalui peluang pekerjaan baharu, pemindahan teknologi serta peningkatan daya saing negara di peringkat antarabangsa.

“Pada awal tahun ini juga, MOSTI turut menerima Laporan Kajian Interim melalui Kerajaan Negeri Sabah, dan kerajaan Persekutuan kini menunggu laporan penuh sebelum proses penilaian dimulakan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen PH Cheras, Tan Kok Wai mengenai perkembangan terkini inisiatif pembangunan tapak pelancaran kapal angkasa (roket) di Malaysia termasuk senarai projek atau memorandum persefahaman yang telah dimeterai.

Dalam pada itu, Mohammad Yusof berkata, sebarang kerjasama berkaitan pembangunan kemudahan pelancar akan dibincangkan melalui platform kerjasama yang telah dimeterai dengan agensi luar negara, iaitu Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) dan China National Space Administration (CNSA).

Menurutnya, projek pembangunan tapak pelancar itu diyakini dapat memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai antara hab strategik industri angkasa serantau serta menjana limpahan ekonomi melalui penyediaan peluang pekerjaan baharu, pemindahan teknologi dan peningkatan daya saing negara di peringkat antarabangsa.

“Penilaian lokasi tapak pelancar itu akan berpandukan kepada 58 elemen kebolehlaksanaan di bawah lapan skop utama meliputi analisis tapak, teknikal, risiko, alam sekitar, kos dan kewangan, pemasaran, undang-undang serta pemegang taruh.

“Setakat ini, kementerian telah menerima laporan kajian kebolehlaksanaan penuh daripada Kerajaan Negeri Pahang yang akan dinilai oleh jawatankuasa pelbagai agensi dalam masa terdekat,” katanya.

Tambahnya, Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-45 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 15 Ogos 2024 telah bersetuju supaya Garis Panduan Kajian Kebolehlaksanaan Pembangunan Kemudahan Pelancar di Malaysia dijadikan panduan rasmi negara dalam merancang pembangunan kemudahan berkenaan.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak