Kerajaan tidak kompromi isu keselamatan di sekolah – PMX

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas berhubung isu keselamatan di sekolah susulan insiden seorang pelajar ditikam di sebuah sekolah semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu termasuk meneliti semula pengaruh aplikasi media sosial melalui penggunaan telefon pintar yang dilihat semakin membimbangkan dalam kalangan pelajar.

Beliau memaklumkan, isu-isu berkaitan sekolah yang semakin membimbangkan akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat bagi memastikan kerajaan dapat mengambil langkah tegas dan menyeluruh dalam menangani gejala semakin menular di kalangan pelajar.

“Kita akan adakan perjumpaan mengenai isu ini. Saya sudah komen tentang sekolah terbabit, tetapi apabila kita lihat secara menyeluruh, hampir kesemuanya berbalik kepada telefon pintar, media sosial, aplikasi.

“Jadi mungkin hari ini atau esok saya akan mengadakan mesyuarat Jemaah Menteri untuk membincangkan perkara ini. (Kerajaan) harus ambil tindakan tegas,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MoF), pada Rabu.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Beliau berkata demikan bagi mengulas insiden kes bunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, pada Selasa.

Siasatan awal mendapati kejadian membabitkan suspek, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun manakala, mangsa pelajar perempuan berusia 16 tahun.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, hasil penelitian awal menunjukkan punca kejadian isu disiplin di sekolah banyak berkait rapat dengan pengaruh media sosial serta penggunaan telefon pintar secara berlebihan.

Beliau turut menegaskan keperluan pihak sekolah dan keluarga memainkan peranan lebih aktif dalam mendidik serta memantau anak-anak agar tidak terjebak dengan pengaruh negatif di alam maya.

“Biarpun tindakan yang bakal diambil mungkin mengundang pelbagai reaksi, kerajaan tidak boleh berkompromi dalam soal disiplin dan keselamatan pelajar.

“Harus ada ketegasan. Kita tidak boleh biarkan isu ini berlarutan kerana hampir semuanya berbalik kepada pengaruh media sosial,” katanya.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16