Israel tunduk 0-3 di tangan Itali

ITALI memastikan sekurang-kurangnya tempat ke playoff Piala Dunia selepas menewaskan Israel 3-0 di laman sendiri menerusi dua jaringan Mateo Retegui dan satu gol lewat permainan oleh Gianluca Mancini, awal pagi tadi.

Kemenangan itu memberi kelegaan kepada skuad kendalian Gennaro Gattuso yang gagal layak ke dua edisi Piala Dunia sebelum ini, kedua-duanya selepas tewas pada pusingan playoff.

Kini, laluan sama menjadi harapan utama mereka apabila Norway mendahului Kumpulan I dengan 18 mata, tiga mata di depan Azzurri yang mengumpul 15, dengan berbaki dua perlawanan.

Itali kini enam mata di hadapan Israel yang hanya berbaki satu perlawanan dan tidak lagi berpeluang memintas.

“Kami bermain seperti yang sepatutnya hari ini. Kami tahu segala-galanya boleh hilang jika silap langkah. Tetapi pemain tampil dengan aksi terbaik,” kata Gattuso selepas perlawanan di Udine.

“Kami semua masih ingat perlawanan menentang Israel sebulan lalu, mereka benar-benar buat kami berhempas-pulas,” katanya, merujuk kemenangan 5-4 yang mendebarkan bulan lalu.

“Kami sedang membina pasukan yang kuat, bukan sahaja dari segi serangan, tetapi juga bertahan,” kata Retegui selepas perlawanan.

Perlawanan itu turut diselubungi ketegangan apabila berlaku insiden antara polis dan penunjuk perasaan pro-Palestin di pusat bandar Udine, dengan pihak berkuasa terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi mengawal keadaan.

Kira-kira 10,000 penonton hadir di Stadium Friuli yang berkapasiti 25,000 tempat duduk, termasuk sekumpulan kecil penyokong Israel yang membawa bendera negara mereka.

Related Posts

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelantan Red Warriors layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saingan Liga A1 Semi Pro musim ini di tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bunga Raya FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama