Kerja tanah tanpa kebenaran dihentikan Majlis Perbandaran Padawan

PADAWAN – Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bertindak tegas menutup dan menghalang akses ke sebuah tapak kerja tanah di Jalan Segubang selepas mendapati aktiviti dijalankan tanpa permit jalan yang sah daripada pihak majlis.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MPP, aktiviti kerja tanah di kawasan berkenaan telah menyebabkan kerosakan pada jalan yang diselenggara oleh majlis serta menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan raya tempatan.

Keadaan itu turut menimbulkan kebimbangan berkaitan aspek keselamatan awam.

Walaupun pihak MPP telah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan pemilik tanah serta mengeluarkan arahan supaya memohon permit jalan bagi menjalankan aktiviti berkenaan, namun tiada tindakan pematuhan dilakukan oleh pihak terlibat.

Susulan kegagalan mematuhi arahan tersebut, MPP telah mengambil tindakan tegas dengan memasang penghadang di laluan masuk ke kawasan kerja tanah tersebut, sekaligus menghentikan semua aktiviti yang sedang dijalankan.

Pengerusi MPP, Kaunselor Tan Kai, dalam kenyataannya menegaskan bahawa pihak majlis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan, terutama membabitkan penggunaan jalan awam tanpa kebenaran.

“Semua pemaju dan pemilik tanah di kawasan Padawan perlu mendapatkan permit jalan sebelum melaksanakan sebarang kerja yang menggunakan atau melibatkan laluan awam.

“Majlis sentiasa menekankan aspek keselamatan dan tanggungjawab bersama. Semua pihak perlu bertindak dengan penuh kesedaran dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab kita semua,” jelasnya.

Tambah beliau, tindakan seperti ini bukan bertujuan menyusahkan mana-mana pihak, sebaliknya untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin serta mengelakkan kerosakan terhadap kemudahan awam yang dibina dengan kos tinggi.

“Kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi memastikan pembangunan di kawasan Padawan dapat dilaksanakan secara teratur dan tidak menjejaskan kepentingan awam,” ujar beliau lagi.

Setakat ini, akses ke kawasan kerja tanah di Jalan Segubang telah ditutup sepenuhnya oleh pihak MPP dan pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan tiada aktiviti diteruskan tanpa kebenaran.

Majlis turut mengingatkan bahawa sebarang kerja tanah, pembinaan atau aktiviti melibatkan jalan awam perlu mendapat kelulusan dan permit rasmi bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan di bawah undang-undang kecil majlis.

Related Posts

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

KOTA KINABALU – Friends of BHESS bakal diperkenalkan sebagai wadah memperluas kefahaman dan sokongan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat dan Senator. Menteri di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Tarikh 26 Oktober depan diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor