PRN17 Sabah: GRS, PH muktamad agihan kerusi – Hajiji

TAMBUNAN – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan agihan kerusi antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) telah dimuktamadkan.

Katanya, agihan kerusi masing-masing yang telah dimuktamadkan akan diumumkan pada hari penamaan calon.

“Ya, kami sudah tahu (tapi) saya tidak boleh umumkan sekarang. Tunggu sahaja pada hari penamaan calon dan anda akan tahu bilangannya.

“GRS juga akan melancarkan manifestonya selepas Hari Penamaan Calon.

“Kami akan menawarkan yang terbaik kepada rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Dalam pada itu, Hajiji turut yakin bahawa mandat rakyat akan dikembalikan kepada GRS-PH berdasarkan rekod cemerlang pentadbiran selama lima tahun.

“Kami telah mencapai banyak kejayaan melalui pelbagai program sosioekonomi untuk rakyat dan membawa pelaburan berimpak tinggi bagi merancakkan pembangunan ekonomi Sabah.

“Kami telah membelanjakan lebih RM1.3 bilion untuk inisiatif pembangunan modal insan dan juga memberi bantuan bulanan sebanyak RM300 kepada golongan miskin tegar dalam senarai e-Kasih,” katanya.

Sementara itu, Hajiji turut menyatakan Kerajaan Negeri mencatat kejayaan dalam industri minyak dan gas.

“Namun begitu, pembangkang cuba menafikan kejayaan itu tetapi saya percaya rakyat kini matang dan akan menghargai pencapaian kami.

“Pilihan Raya Negeri kali ini akan lebih meriah dengan banyak parti politik telah mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding.

“Marilah kita meraikan demokrasi,” katanya.

Related Posts

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

SUNGAI PETANI – Pekerja sebuah kilang papan di sini gempar apabila menemui satu objek menyerupai bom tangan bersama sekeping nota berbaur ugutan di hadapan pintu masuk pejabat premis tersebut di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan meneruskan agenda pembasmian kemiskinan menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2) dengan memberi tumpuan kepada usaha mengekalkan pencapaian sifar miskin tegar negeri. EXCO Pembasmian Kemiskinan, V…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas