Keputusan keluar DAP bukan kerana kepentingan peribadi – Frankie

SANDAKAN – Bekas Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung menjelaskan keputusan beliau dan Liau Fui Fui keluar daripada parti itu bukan berpunca daripada isu kerusi atau kepentingan peribadi, sebaliknya disebabkan kekecewaan terhadap layanan terhadap ahli senior serta prinsip asas parti yang dilihat semakin terhakis.

Menurut Frankie, penjelasan itu dibuat susulan kenyataan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin baru-baru ini berhubung keputusan mereka meninggalkan parti berkenaan.

Frankie berkata, sepanjang tempoh mengetuai DAP Sabah, beliau tidak pernah meminggirkan mana-mana pihak, sebaliknya memberi peluang kepada pemimpin muda dan menghargai peranan ahli senior.

“Selepas pemilihan parti, saya melantik semula Chan Foong Hin dan Jannie Lasimbang ke dalam Jawatankuasa Negeri serta menubuhkan beberapa biro baharu seperti Biro Aduan Awam, Biro Kebajikan Sosial dan Biro Pendidikan bagi memperkukuh peranan parti di peringkat akar umbi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Frankie turut menjelaskan bahawa semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan 2019, beliau mencadangkan Vivian Wong sebagai calon muda, manakala dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2022, Chan Foong Hin sendiri dicalonkan semula oleh parti.

“Ini membuktikan tiada peminggiran berlaku. Sejarah membuktikan saya sentiasa berpegang kepada prinsip perpaduan, pembangunan bakat dan struktur parti yang inklusif.

“Mereka yang benar-benar memahami sejarah DAP Sabah tahu perkara ini,” ujarnya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri menjawab persoalan berkaitan integriti dan beberapa isu yang didakwa masih belum mendapat penjelasan tuntas. Akmal berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula