Malaysia tegas, tiada kompromi dalam perjuangan kemerdekaan Palestin

PUTRAJAYA – Malaysia tidak dijemput menyertai Persidangan Antarabangsa Keamanan yang berlangsung di Sharm el-Sheikh di Mesir, pada Isnin selepas negara tidak mengambil pendirian menyokong pelan damai Gaza sepenuhnya secara serta-merta.

Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan, ini kerana Malaysia menilai pelan damai itu turut perlu mengandungi prinsip dan aspek yang sering ditekankan selama ini berhubung kepentingan bagi rakyat Palestin.

“Ini meliputi jaminan perlindungan untuk rakyat Palestin, bantuan kemanusiaan segera kepada rakyat Palestin, penamatan penjajahan Israel di Palestin serta penubuhan negara Palestin merdeka.

“Aspek-aspek ini sangat penting untuk keamanan berpanjangan di rantau Asia Barat. Malaysia akan terus memperjuangkan aspek-aspek ini,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Wisma Putra menegaskan, Malaysia menyambut baik pelan damai itu dan juga perjanjian gencatan senjata fasa pertama antara Hamas dan Israel pada 9 Oktober lalu.

“Namun begitu, Malaysia mengambil pendirian sangat berhati-hati dan menganggap perjanjian itu langkah peringkat awal ke arah menamatkan pembunuhan puluhan ribu rakyat Palestin, kebuluran dan kemusnahan disebabkan perang Israel terhadap Gaza.

“Kita sedia maklum Israel dan Hamas, dua pihak yang terkesan secara langsung dalam proses damai ini, tidak menghadiri Persidangan Antarabangsa itu,” katanya.

Berdasarkan maklumat Wisma Putra, sebanyak 24 negara dijemput ke persidangan berkenaan.

“Pihak penganjur bersama iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir, menjemput negara berkenaan berdasarkan sokongan tidak berbelah bahagi atau sokongan penuh mereka kepada pelan damai sebaik saja ia diumumkan pada 29 September lalu,” katanya.

Pada Isnin, Presiden AS, Donald Trump tiba di Sharm el-Sheikh di Mesir, yang mana beliau menyertai beberapa pemimpin dunia di Sidang Kemuncak Keamanan Sharm el-Sheikh serta menandatangani perjanjian pelan damai Gaza.

Sidang kemuncak antarabangsa itu menghimpunkan lebih 20 pemimpin dunia, termasuk Trump dan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi selaku tuan rumah, dalam usaha merangka pelan damai bersepadu selepas dua tahun konflik di Gaza.

Fasa pertama perjanjian gencatan senjata yang dimeterai minggu lalu turut merangkumi pembebasan tebusan serta tahanan Palestin, yang menjadi antara agenda utama sidang kemuncak itu.

Sidang kemuncak ini dijangka menjadi titik tolak penting dalam usaha diplomatik global untuk mengakhiri keganasan dan membina semula keamanan di rantau berkenaan.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman