Kecekapan sistem perlu dahulu sebelum naik cukai – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kecekapan sistem perkhidmatan awam perlu diberi keutamaan sebelum kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan cukai atau tarif yang membebankan rakyat.

Beliau berkata, penjawat awam harus menilai keberkesanan sistem sedia ada dan memastikan isu seperti rasuah, ketirisan serta penyeludupan ditangani terlebih dahulu.

“Kita bayangkan belanjawan, mengapa kita boleh berikan lebih kepada rakyat tanpa mengenakan cukai lebih.

“Kalau nak berikan yang lebih kepada rakyat, harus ada hasil yang lebih, bukan cukai. Tapi ini juga mengingatkan saya mengenai prinsip yang saya yakini begitu lama iaitu sebelum kita fikir suka cukai, kita fikir soal kerja kita, pelaksanaan kita dan sistem yang kita warisi.

“Apakah sistem itu cekap, apakah kita dapat kawal ketirisan, adakah kita kawal rasuah atau penyeludupan? Jadi sebelum kita fikirkan soal cukai yang kadang-kadang membebankan rakyat, kita harus betulkan dulu kesilapan dalam pentadbiran kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan Oktober di Putrajaya hari ini.

Turut hadir, Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa; Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Anwar berkata, perkara itu telah dibicarakan dan diterapkan sejak awal beliau menerajui pentadbiran negara dua tahun lalu.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan berjaya menyelamatkan sejumlah RM15.5 bilion hasil negara sepanjang tempoh dua tahun pentadbiran melalui pembanterasan aktiviti penyeludupan, ketirisan dan rasuah.

Katanya, kejayaan itu adalah hasil penguatkuasaan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Yang saya tahu puluhan tahun lalu ada sindiket yang mengawal di pelabuhan.

“Tapi tak terlawan kita, kerana begitu lama dan tentunya sindiket ini tidak boleh hidup kalau tidak ada kaitan dia dengan badan penguatkuasaan dan pembesar serta mungkin menteri dan Perdana Menteri,” katanya.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan