Belanjawan 2026: Jalan Kalabakan-Simanggaris pemangkin pertumbuhan ekonomi pedalaman Sabah

KALABAKAN – Peruntukan bagi pembinaan Jalan Kalabakan-Simanggaris sepanjang 28 kilometer (km) sebagai komponen strategik dalam pembangunan sempadan Malaysia-Indonesia dilihat bakal menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di kawasan pedalaman Sabah.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, projek jalan baharu itu bukan sekadar membuka laluan perhubungan darat yang lebih cekap tetapi mampu menarik pelaburan asing serta menggalakkan aktiviti perdagangan dua hala.

“Kalabakan memiliki kedudukan strategik sebagai pintu masuk wilayah timur Sabah ke Indonesia.

“Oleh itu, pembinaan jalan ini akan memperkukuh jaringan logistik, mempercepatkan pergerakan barangan dan perkhidmatan.

“Secara tidak langsung menjadikan Kalabakan sebagai hab pertumbuhan ekonomi baharu di sempadan,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin sebagai mengulas Belanjawan 2026 yang diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Andi turut menyambut baik peruntukan RM765 juta bagi membina talian penghantaran elektrik voltan tinggi yang dijangka akan meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan sistem bekalan tenaga di Sabah termasuk Kalabakan melalui Projek Southern Link.

Seterusnya peruntukan pembangunan dalam sektor pendidikan, kemahiran dan modal insan termasuk peluasan program TVET, inisiatif pendidikan luar bandar serta pembinaan kemudahan pendidikan baharu.

“Peningkatan pelaburan dalam sektor pendidikan amat penting untuk membina masa depan anak-anak Kalabakan.

“Apabila peluang pendidikan dan latihan kemahiran diperluas, ia akan memberi ruang lebih besar kepada generasi muda untuk meningkatkan taraf hidup dan menyumbang kepada pembangunan tempatan,” katanya.

Jelas Andi, sebagai Ahli Parlimen Kalabakan, pihaknya akan memberi tumpuan kepada pemantauan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi ini bagi memastikan segala peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat dan tidak terganggu oleh kelewatan pelaksanaan atau ketirisan.

“Saya akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri, kementerian berkaitan dan agensi pelaksana bagi memastikan setiap projek yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 berjalan mengikut jadual.

“Rakyat Kalabakan berhak menikmati hasil pembangunan yang adil dan saksama sebagaimana rakyat di kawasan lain.

“Belanjawan 2026 adalah satu bukti nyata bahawa kerajaan mendengar suara rakyat luar bandar dan sempadan,” tegasnya.

Related Posts

Sabah perkemas pendataan digital pekerja asing menerusi SWIMS

LAHAD DATU – Pihak majikan di negeri ini disarankan untuk menyertai program pendataan digital warga asing menerusi Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah (SWIMS). Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ubah seluar jean terpakai jadi beg, MPP galak amalan kitar semula kreatif

PADAWAN – Majlis Perbandaran Padawan (MPP) terus memperkukuh inisiatif kelestarian alam sekitar menerusi penganjuran program sulung, Waste to Bags MPP 2026 pada Rabu. Program yang memfokuskan pengurusan sisa secara kreatif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa angkat Piala Liga Europa selepas 30 tahun

Villa angkat Piala Liga Europa selepas 30 tahun

Sabah perkemas pendataan digital pekerja asing menerusi SWIMS

Sabah perkemas pendataan digital pekerja asing menerusi SWIMS

Ubah seluar jean terpakai jadi beg, MPP galak amalan kitar semula kreatif

Ubah seluar jean terpakai jadi beg, MPP galak amalan kitar semula kreatif

5 pelajar PSS wakili Malaysia dalam misi SDG di Indonesia

5 pelajar PSS wakili Malaysia dalam misi SDG di Indonesia

Wanita migran terjerat sindiket eksploitasi, kebajikan mangsa terus dibela

Wanita migran terjerat sindiket eksploitasi, kebajikan mangsa terus dibela

‘Pusher’ warga asing tumpas, polis rampas syabu dalam kotak rokok

‘Pusher’ warga asing tumpas, polis rampas syabu dalam kotak rokok