2 pengerusi cawangan DAP Sandakan umum keluar parti

SANDAKAN – Dua pengerusi cawangan DAP di Sandakan mengumumkan keputusan untuk keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta bersama ahli-ahli masing-masing.

Dalam kenyataan bersama pada Ahad, Mohd Faried Ismail, Pengerusi DAP Cawangan Yii Villa merangkap bekas Penyelaras Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjong Papat dan Fadlisyam Ismail, Pengerusi DAP Cawangan Happy Valley Sandakan berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan mendalam dan dipersetujui sebulat suara oleh ahli di kedua-dua cawangan.

Mereka menjelaskan keputusan berkenaan bukan dibuat secara tergesa-gesa atau atas desakan mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran serta keinsafan kolektif bagi mempertahankan maruah perjuangan yang dipegang selama ini.

“Keputusan ini dibuat tanpa sebarang paksaan, pengaruh atau tekanan daripada mana-mana pihak.

“Ia berasaskan kepada tanggungjawab kami untuk memastikan perjuangan asal parti tidak tersasar daripada matlamat membela rakyat,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua pemimpin berkenaan turut melahirkan kekecewaan terhadap kepimpinan DAP Sabah yang didakwa semakin jauh daripada semangat perjuangan asal parti serta gagal menghargai sumbangan para veteran yang telah lama berkhidmat dan berkorban untuk rakyat serta parti.

“Kami semakin hilang keyakinan terhadap keupayaan kepimpinan DAP Sabah dalam memperjuangkan hak-hak rakyat dan negeri sebagaimana termaktub dalam Perjanjian Malaysia.

“Arah tuju parti kini dilihat lebih mementingkan kelompok tertentu berbanding semangat perjuangan bersama,” jelas mereka.

Mohd Faried dan Fadlisyam berkata, mereka akan terus memperjuangkan kepentingan rakyat menerusi wadah yang lebih telus, jujur dan berprinsip.

“Walaupun kami meninggalkan parti, perjuangan untuk rakyat akan diteruskan,” menurut kenyataan itu lagi.

Related Posts

Sabah perkemas pendataan digital pekerja asing menerusi SWIMS

LAHAD DATU – Pihak majikan di negeri ini disarankan untuk menyertai program pendataan digital warga asing menerusi Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah (SWIMS). Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ubah seluar jean terpakai jadi beg, MPP galak amalan kitar semula kreatif

PADAWAN – Majlis Perbandaran Padawan (MPP) terus memperkukuh inisiatif kelestarian alam sekitar menerusi penganjuran program sulung, Waste to Bags MPP 2026 pada Rabu. Program yang memfokuskan pengurusan sisa secara kreatif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa angkat Piala Liga Europa selepas 30 tahun

Villa angkat Piala Liga Europa selepas 30 tahun

Sabah perkemas pendataan digital pekerja asing menerusi SWIMS

Sabah perkemas pendataan digital pekerja asing menerusi SWIMS

Ubah seluar jean terpakai jadi beg, MPP galak amalan kitar semula kreatif

Ubah seluar jean terpakai jadi beg, MPP galak amalan kitar semula kreatif

5 pelajar PSS wakili Malaysia dalam misi SDG di Indonesia

5 pelajar PSS wakili Malaysia dalam misi SDG di Indonesia

Wanita migran terjerat sindiket eksploitasi, kebajikan mangsa terus dibela

Wanita migran terjerat sindiket eksploitasi, kebajikan mangsa terus dibela

‘Pusher’ warga asing tumpas, polis rampas syabu dalam kotak rokok

‘Pusher’ warga asing tumpas, polis rampas syabu dalam kotak rokok