Kenapa Pas kunci mulut bendera Israel di Kelantan, bayangkan jika berlaku di P.Pinang

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempersoalkan sikap berdiam diri pimpinan Pas dan Bersatu berhubung insiden bendera Israel dikibarkan ketika kempen solidariti untuk Palestin di Sungai Kelantan, kelmarin.

Rayer berkata, keengganan kedua-dua parti pembangkang itu mengulas perkara berkenaan menimbulkan persoalan sama ada mereka mengambil pendekatan ‘kunci mulut’ kerana kejadian berlaku di negeri Kelantan.

“Pembangkang terus membisu. Di manakah Pas? Di manakah Bersatu? Mengapa diam? Adakah kerana ia berlaku di Kelantan? Bagaimana perkara ini boleh terjadi?

“Bayangkan sekiranya perkara ini berlaku di Pulau Pinang,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang dilihat lambat bertindak terhadap individu yang mengibarkan bendera Israel tersebut, seolah-olah wujud layanan dua darjat.

“Pihak berkuasa mesti bertindak. Bertindak segera. Jangan ada dua darjat,” katanya.

Terdahulu, program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza yang berlangsung di Sungai Kelantan terpalit kontroversi selepas bendera Israel turut dikibarkan dan videonya tular di laman sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang dan perdebatan dalam kalangan warga maya.

Bagaimanapun, Pengarah Program itu, Mohd. Khairul Hafiz Hassan berkata, bendera Israel itu hanya gimik bertujuan memperlihatkan tindakan ganas yang dilakukan oleh rejim Zionis semasa menyerang sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini, serta kekejaman ke atas penduduk Palestin

Related Posts

Harga bahan api naik minggu ini, RON95 tanpa subsidi cecah RM4.07

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia meningkat lagi bagi tempoh 21 hingga 27 Mei ini susulan pelarasan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak kekal hubungan harmoni dengan Persekutuan, terus tegas tuntut hak MA63

KUCHING – Mengambil pendekatan serampang dua mata, kerajaan Sarawak kekal komited memelihara hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan, namun berpendirian teguh dalam memastikan hak pembangunan serta keistimewaan negeri di bawah Perjanjian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kelulusan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Samalaju perkukuh ekonomi Sarawak – Awang Tengah

Kelulusan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Samalaju perkukuh ekonomi Sarawak – Awang Tengah

Harga bahan api naik minggu ini, RON95 tanpa subsidi cecah RM4.07

Harga bahan api naik minggu ini, RON95 tanpa subsidi cecah RM4.07

Sarawak kekal hubungan harmoni dengan Persekutuan, terus tegas tuntut hak MA63

Sarawak kekal hubungan harmoni dengan Persekutuan, terus tegas tuntut hak MA63

Pisau ‘rambo’ 6 inci tikam leher ibu tunggal ditemui dekat sawah

Pisau ‘rambo’ 6 inci tikam leher ibu tunggal ditemui dekat sawah

Kerajaan Sabah terus fokus pembangunan Tongod menerusi SMJ – Hajiji

Kerajaan Sabah terus fokus pembangunan Tongod menerusi SMJ – Hajiji

Jadikan Indonesia rujukan perkasa sistem pendidikan kebangsaan melalui bahasa rasmi negara

Jadikan Indonesia rujukan perkasa sistem pendidikan kebangsaan melalui bahasa rasmi negara