Kerjasama rentas jabatan jayakan Hari Sukan Negara Kemaman

KEMAMAN – Kerjasama strategik merentasi pelbagai jabatan kerajaan dan sektor swasta menjadi pemangkin kejayaan penganjuran Hari Sukan Negara peringkat daerah Kemaman yang berlangsung selama empat hari bermula 8 Oktober lalu.

Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kemaman, Muhamad Zulhelmi Hisham berkata, program berkenaan mendapat penyertaan meluas hasil kolaborasi bersama Hospital Kemaman, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah serta Mesra Mall.

“Pelbagai aktiviti telah dianjurkan termasuk pertandingan badminton, futsal dan boling yang melibatkan penyertaan sekolah rendah sekitar daerah ini.

“Hospital Kemaman turut mengadakan program sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, manakala Pejabat Kesihatan Daerah menganjurkan pameran kesihatan melalui Unit NCD,” katanya.

Menurutnya, kemuncak sambutan diadakan di Mesra Mall dengan penganjuran Mesra Run sejauh lima kilometer yang berjaya menarik penyertaan ratusan peserta pelbagai peringkat umur.

“Penglibatan strategik pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta sokongan sektor swasta telah menjayakan program tahun ini dengan lebih meriah,” tambahnya.

Majlis perasmian Hari Sukan Negara turut dihadiri Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Radzi Rosli; Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Ahmad Azli Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Francis Tan; dan Pengurus Besar Mesra Mall, Aziam Muhammad.

Related Posts

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang