Kerajaan berjaya peroleh semula RM15.5 bilion hasil ketirisan akibat rasuah, penyelewengan

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI berjaya mengutip RM15.5 bilion dalam tempoh 2024 dan 2025, hasil daripada tindakan rampasan dan kutipan penalti pihak berkuasa negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kutipan itu mencatat sejarah sendiri hasil tindakan tatakelola yang baik dilakukan oleh kerajaan.

“Sejak di bawah MADANI, badan-badan penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berjaya memperoleh hasil rampasan dan kutipan penalti hampir RM15.5 bilion. 

“Tidak dapat dimungkiri segala ketirisan ini telah terbiar sekian lama kerana kurangnya tekad politik dan lemahnya penguatkuasaan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan (2026) di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Terbaharu, Anwar memaklumkan, PDRM berjaya menumpaskan sindiket haram terancang di Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang.

“Demikian maksud kami tatkala menekankan tatakelola dalam pemerintahan. Bayangkan wang yang disakau dan dirompak yang dapat dikembalikan dalam tempoh dua tahun mencecah RM15.5 bilion.

“Jadi, untuk apa lagi kita kenakan cukai, jika kita boleh elakkan ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Segala ketirisan ini berlaku kerana kurangnya tekad politik selain retorik bicara. Tindakan kita sudah lakukan,” katanya.

Sehubungan itu Anwar berkata, pada tahun hadapan, keupayaan badan penguat kuasa SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MyCC ditingkatkan melalui latihan serta perolehan aset dengan peruntukan lebih RM700 juta.

Menurut beliau,  JKDM akan memperkenalkan setem cukai digital dengan ciri keselamatan dipertingkat bagi membendung pemalsuan, serta menangani ketirisan di pintu masuk negara melalui ‘Centralised Screening Complex CCTV’.

“Ikhtiar e-Invois dilaksanakan secara menyeluruh mulai 2026, serta sistem taksir sendiri duti setem bagi memupuk pematuhan cukai. Pembayaran balik cukai terlebih bayar juga akan disegerakan.

Terdapat pemilik kenderaan mewah yang kian lama mengambil kesempatan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan. Bagi menangani ketirisan tersebut, kerajaan bercadang supaya pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dihadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000 berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Kerajaan bercadang, program pencegahan rasuah anjuran pertubuhan masyarakat sivil yang diiktiraf SPRM diluluskan11 potongan cukai sebagai projek berkepentingan nasional. Penderma yang membuat sumbangan tunai kepada program pencegahan rasuah diluluskan juga layak mendapat potongan cukai pendapatan,” katanya.

Related Posts

Jentera kempen PN kurang menyengat tidak seperti PH, BN bersemangat

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) dilihat memulakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan momentum paling positif apabila berjaya menghimpunkan kehadiran penyokong yang ramai pada hari penamaan calon. Suasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan caj RM1 di bank ringan beban kewangan, lancar aliran tunai harian

TAWAU – Pemansuhan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin pengeluaran automatik (ATM) dan mesin kitar semula pintar (SRM) yang berkuat kuasa hari ini dilihat mampu meringankan beban…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan