PDRM Sarawak catat penurunan 10 peratus kes jenayah sejak awal tahun

KUCHING – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak mencatatkan penurunan sebanyak 10 peratus dalam kadar jenayah di negeri ini bagi tempoh Januari hingga September 2025 berbanding tempoh sama tahun lalu, hasil tindakan proaktif serta kerjasama erat masyarakat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, sebanyak 3,558 kes jenayah dilaporkan berbanding 3,965 kes dalam tempoh sama tahun 2024, menunjukkan usaha pencegahan dan penguatkuasaan semakin berkesan.

“Jenayah kekerasan menurun kepada 463 kes berbanding 480 kes tahun lalu, manakala kadar penyelesaian kes mencapai 98 peratus. Ini hasil komitmen tinggi pegawai dan anggota di seluruh kontinjen,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada Jumaat.

Beliau berkata, walaupun terdapat peningkatan kecil dalam beberapa kategori seperti rogol dan samun tanpa senjata, PDRM terus mempergiat risikan dan operasi khas bagi mengekang jenayah berulang.

“Jenayah harta benda turut menunjukkan penurunan 11 peratus kepada 3,095 kes berbanding 3,485 kes tahun lalu, dengan kadar penyelesaian sebanyak 58 peratus,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak turut memperkenalkan saluran rasmi melalui media sosial TikTok dan Facebook CID_SARAWAK OFFICIAL serta talian Hotline JSJ 013-5253052 bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah.

Sementara itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menahan seramai 8,540 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, dengan nilai rampasan mencecah RM28.4 juta, meningkat berbanding RM25.1 juta tahun lalu.

“Selain meningkatkan operasi penguatkuasaan, kita juga melancarkan Hotline JSJN Sarawak 017-929211 untuk memudahkan masyarakat membuat aduan dan menyalurkan maklumat berkaitan dadah,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan menurunkan kadar jenayah ini hasil sinergi berterusan antara PDRM, agensi penguatkuasaan lain dan komuniti setempat.

“PDRM Sarawak akan terus komited memastikan keselamatan rakyat terpelihara. Kejayaan ini bukti bahawa keamanan negeri ini adalah tanggungjawab bersama,” tegasnya.

Related Posts

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun kerana disyaki mencuri tujuh batang kayu engkabang di tepi jalan Kampung Hilir Kabong, di sini, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KUCHING – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM80 juta pada tahun ini bagi membaik pulih 99 lokasi kerap kemalangan di Jalan Persekutuan demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna. Menteri Kerja Raya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion