7 kes Muhyiddin diteruskan, bukti tiada siapa kebal undang-undang

KEGAGALAN Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan tujuh kes pendakwaan daripada dibicarakan membuktikan tiada siapa pun kebal dalam sistem perundangan negara.

Penganalisis politik, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, penolakan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap representasi bekas Perdana Menteri itu untuk menggugurkan tujuh pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa bukan sekadar kes mahkamah biasa.

“Ia merupakan ujian keutuhan kepada sistem kehakiman negara, adakah institusi ini benar-benar berdiri atas prinsip keadilan atau mudah digoyah oleh gelombang tekanan politik?

“Keputusan menolak representasi ini menunjukkan bahawa kedudukan mahkamah bukan suara senyap yang tunduk kepada tekanan politik, ia adalah medan di mana kes akan disemak berdasarkan merit fakta dan undang-undang, bukan tekanan luar.

“Ini membuktikan kedaulatan undang-undang yang terdapat dalam Rukunegara tidak diremehkan, sesiapa sahaja sama ada bilis atau jerung tidak akan terlepas, perlu diadili sebelum hukuman salah atau tidak diputuskan oleh hakim,” katanya ketika dihubungi.

Kelmarin, AGC menolak representasi Muhyiddin yang juga Presiden Perikatan Nasional (PN) untuk mengugurkan empat kes menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta dan tiga pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan wang RM200 juta, di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Mengikut empat pertuduhan, Muhyiddin didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu, telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM232.5 juta daripada Azman Yusoff, 51 dan tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd, bagi sekutu parti itu.

Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Azhar menegaskan, dalam konteks politik Malaysia yang sukar dibezakan antara “kuasa sah” dan “kuasa perundangan”, kes ini memberi sinar bahawa institusi kehakiman tidak boleh dijadikan alat menentang lawan politik atau menyelamatkan diri.

“Tindakan membiarkan representasi tergugurkan, dan memaksa perbicaraan diteruskan, mencerminkan bahawa mahkamah tidak akan menjadi “penonton bisu” terhadap cubaan individu menggunakan kedudukan politik untuk menghindari tindakan undang-undang, itulah prinsip asas keadilan yang perlu dibela.

“Keputusan ini mengandungi mesej kuat. Tiada siapa di atas undang-undang. Sama ada pemimpin atau rakyat biasa, mereka tertakluk pada proses undang-undang jika bukti mendesak.

“Kredibiliti institusi di atas kepentingan politik. Mahkamah yang tegas menjaga integriti lebih tinggi nilainya daripada kemenangan politik jangka pendek.

“Harapan kepada rakyat. Rakyat yang berjiwa adil menuntut agar setiap kes berprofil tinggi dijalankan dengan ketelusan, bukannya drama politik,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas.

Azhar menambah, pertuduhan terhadap Muhyiddin bukan soal dendam politik, sebaliknya ia soal keadilan perlu ditegakkan terhadap dakwaan serius yang melibatkan dana awam.

“Dengan menolak representasi dan membuka ruang perbicaraan yang sah, sistem kehakiman Malaysia menunjukkan bahawa ia bukan milik mana-mana parti atau individu.

“Kalau sistem kehakiman benar-benar kukuh, ia akan bertahan segala gelombang tekanan dan itulah yang rakyat mahu lihat, institusi yang tidak tunduk kepada tekanan tetapi berdiri teguh atas prinsip keadilan,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar