Sukarelawan Malaysia dijangka dibebas dari tahanan Israel dalam masa terdekat

SEMBILAN sukarelawan Malaysia yang kini ditahan oleh pihak berkuasa Israel di Penjara Ketziot dijangka akan dibebaskan dalam tempoh 72 jam.

Pembebasan mereka bergantung kepada proses tandatangan borang “Permohonan untuk Pelepasan Segera” yang sedang diuruskan oleh pasukan guaman.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, rundingan pembebasan masih diteruskan, dan pihaknya sedang menunggu perkembangan terkini daripada peguam yang mewakili delegasi Malaysia.

“Proses rundingan itu masih berjalan dan kita (MyCARE) sedang menunggu maklumat daripada peguam, mungkin pada petang ini, memandangkan di Israel ketika ini masih awal pagi. Jika terdapat sebarang perbicaraan tribunal terhadap delegasi Malaysia, kami akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat MyCARE di Serdang hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa MyCARE telah menjalin kerjasama rapat dengan Wisma Putra untuk menguruskan pembebasan dan penghantaran pulang semua rakyat Malaysia yang ditahan secara tidak sah oleh pihak berkuasa Israel.

Menurutnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, telah mengambil langkah menghubungi rakan sejawat mereka di Turkiye bagi mendapatkan bantuan diplomatik dalam usaha membawa pulang kesemua delegasi Malaysia.

Sembilan rakyat Malaysia tersebut merupakan peserta misi kemanusiaan yang menyertai gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG).

Mereka telah ditahan selepas kapal yang dinaiki dipintas oleh tentera Israel dan dibawa ke Pelabuhan Ashdod.

Kapal Conscience yang membawa lapan rakyat Malaysia tiba di pelabuhan berkenaan pada pukul 12.45 tengah malam waktu Malaysia, manakala kapal Umm Saad yang dinaiki seorang lagi rakyat Malaysia tiba kira-kira pada pukul 6 pagi.

Senarai sembilan rakyat Malaysia yang ditahan ialah Ketua Misi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali; Dr Fauziah Hassan; Dr Hafiz Sulaiman; Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil; dua pensyarah, Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar. Seorang lagi rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Umm Saad ialah Dr Maziah Muhammad.

Misi kemanusiaan tersebut melibatkan 10 buah kapal yang berlepas dari Itali pada 27 September lalu.

Kapal Conscience telah dilancarkan dari Porto Otranto, Itali, dengan para peserta bertolak pada 30 September, misi FFC kali ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 buah negara, dengan MyCARE mengetuai delegasi dari Malaysia.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar