Kerjasama agensi diperluas, kawalan sempadan diperkuat – MP Miri

MIRI – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man menegaskan keperluan memperkukuh kerjasama antara agensi keselamatan di sempadan bagi memastikan operasi di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujuh terus berjalan lancar dan selamat.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan kerja serta mesyuarat khas di kompleks tersebut sebelum meneruskan lawatan ke Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di kawasan sempadan bagi meninjau keadaan semasa serta membincangkan isu berkaitan operasi dan keselamatan di pintu masuk utama Miri itu.

“Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar mengenai cabaran operasi, kekangan fasiliti, keperluan sumber manusia serta aspek teknikal di kompleks sempadan yang menjadi nadi utama hubungan antara Sarawak dan Brunei Darussalam,” katanya.

Menurutnya, setiap minggu puluhan ribu pengguna keluar masuk melalui ICQS Sungai Tujuh bagi urusan pekerjaan, perniagaan, pelancongan dan kekeluargaan, justeru kelancaran operasi amat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kehidupan seharian rakyat Miri serta ekonomi tempatan.

Dalam perbincangan bersama Jabatan Imigresen dan PGA, beliau turut menekankan keperluan menambah baik fasiliti, memperkukuhkan sistem teknologi, mengurangkan kesesakan pada waktu puncak serta memastikan kebajikan petugas diberi perhatian sewajarnya.

“Saya amat menghargai pengorbanan dan komitmen PGA dalam memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin meskipun berdepan cabaran logistik dan kekangan fasiliti. Kesiapsiagaan pasukan keselamatan amat penting bagi menghadapi ancaman rentas sempadan,” ujarnya.

Chiew turut menjelaskan isu berkaitan ICQS dan keselamatan sempadan sering dibangkitkan di Parlimen kerana ia mempunyai kesan besar terhadap rakyat Miri serta hubungan ekonomi dan sosial antara Sarawak dan Brunei.

“Sebagai pintu masuk antarabangsa, ICQS Sungai Tujuh perlu mencapai piawaian tinggi, seiring dengan kedudukannya yang strategik kepada negara,” tambahnya.

Beliau berkata, usaha memperjuangkan projek naik taraf ICQS Sungai Tujuh melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan diteruskan, termasuk permohonan agar ia diluluskan dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan esok.

“Selain pembangunan infrastruktur, saya juga akan meminta kerajaan menambah bilangan penjawatan bagi pegawai Imigresen dan Kastam agar segala proses keluar masuk di ICQS Sungai Tujuh dapat dilaksanakan dengan lebih lancar,” katanya.

Beliau yakin dengan kerjasama semua pihak, pelaburan dalam infrastruktur serta perancangan strategik yang teliti, ICQS Sungai Tujuh berpotensi menjadi kompleks sempadan moden yang bukan sahaja berfungsi sebagai pusat kawalan antarabangsa tetapi juga simbol kemajuan, keselamatan dan keterbukaan Miri kepada dunia.

Related Posts

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu

BINTULU – Sebuah bot tunda bersama enam kru ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Bintulu selepas disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 di perairan Bintulu, pada Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

BATU PAHAT – Kira-kira 200 nelayan persisir pantai Orang Asli (OA) Kampung Sri Pantai terus berdepan isu pencerobohan bot pukat tunda di zon yang digazetkan kepada kumpulan itu sehingga menjejaskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu

Gempar, pelajar perempuan cedera ditikam 16 kali di sekolah

  • By Aden
  • July 6, 2026
Gempar, pelajar perempuan cedera ditikam 16  kali di sekolah

Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico