Inkues: Saksi dedah arwah Zara sering tulis diari ketika tertekan

KOTA KINABALU – Saksi kanak-kanak ke-9 hari ini mendedahkan bahawa Zara Qairina Mahathir, 13, gemar menulis diari ketika tertekan.

Menurut peguam, Joan Goh, saksi tersebut berkata bahawa dia mengenali Zara dan pernah melihat Zara menulis diari miliknya di dalam bilik asrama.

Jelasnya, saksi pernah membaca diari milik Zara sekali sahaja dengan izinnya. 

“Seingat saksi Zara menulis mengenai dia rindu dengan kawan-kawan lamanya di sekolah rendah tetapi nama kawan-kawan tersebut saksi tidak ingat. 

“Setahu saksi Zara akan menulis diarinya semasa dia ‘stress’ dalam tekanan kerana perlakuan Zara akan menulis diarinya dalam keadaan laju. 

“Saksi tidak tahu apa sebab Zara ‘stress’ atau tertekan dan tidak tahu di mana Zara menyimpan diari miliknya,” katanya semasa sidang media selepas prosiding Inkues Zara Qairina di Mahkamah Koroner, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, saksi berkata lagi, pada 15 Julai lalu, sekitar pukul 4 petang, saksi ada melihat Zara di dalam dorm. 

“Zara kelihatan diam, muram, tidak bercakap dan turun bersendirian. Memandangkan saksi dan Zara di kelas berlainan, saksi tidak melihat bagaimana keadaan Zara sewaktu prep malam. 

“Saksi tidak menegur Zara kerana dia ‘bad mood’ saksi takut dimarah,” jelas Joan.

Pada malam 15 Julai 2025, semasa saksi berada di dalam dorm, dia melihat Zara pergi ke dorm lain, namun pada masa itu tidak mengetahui sebab Zara dipanggil ke dorm berkenaan.

“Saksi kemudiannya dimaklumkan bahawa terdapat pelajar yang kehilangan barang, lalu bersama rakan-rakan dorm memeriksa barangan milik Zara dan menemui satu pin Jalur Gemilang bertulis nama salah seorang pelajar di tempat Zara.

“Saksi menjelaskan dia tidak tahu apa yang berlaku di bilik sebelah kerana tidak berada di sana. 

“Selepas Zara pulang ke dorm sekitar pukul 11 malam, saksi melihat Zara dalam keadaan marah, masuk ke dalam dorm, menutup loker dan terus berbaring di lantai sambil menangis di depan almari sambil menjerit, ‘aku nda curi bah, sial’,” katanya.

Joan memberitahu bahawa saksi berkata, sebelum tertidur, Zara masih berada di atas lantai dan itu merupakan kali pertama saksi melihat Zara dalam keadaan sedemikian.

Tambahnya, selepas lampu dorm ditutup, saksi melihat Zara duduk di depan almari sebelum datang ke hujung bilik meminta pinjam gunting daripada saksi dan pelajar lain. 

“Namun, saksi tidak meminjamkan gunting kepadanya kerana tidak mempunyai gunting. 

“Selepas itu, Zara keluar dari dorm dan saksi tidak mengetahui apa yang berlaku selepas itu kerana tertidur,” jelasnya.

Saksi turut memberitahu, Zara tidak pernah mengadu kepadanya mengenai sebarang gangguan di asrama seperti buli, tekanan belajar atau keletihan dan Zara juga tidak mempunyai konflik dengan mana-mana pelajar.

Selain itu, saksi turut memberi keterangan bahawa dia pernah kehilangan sejumlah wang di dorm dan selepas memaklumkan kepada senior, pemeriksaan dilakukan di setiap loker dan sejumlah wang dijumpai di dalam loker milik Zara.

Saksi memberitahu bahawa dia mengenal pasti wang itu sebagai miliknya selepas diminta oleh senior untuk menyatakan ciri-ciri wang yang hilang iaitu tiga keping wang kertas RM10.

Saksi memberikan keterangan tersebut dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina pada hari ke-19 di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan