Sekolah daif siap sepenuhnya, SK Haji Junid kini lebih selesa dan selamat

KABONG – Projek pembangunan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Junid, Gerigat, Kabong di bawah program Cadangan Menyiapkan Baki Kerja Untuk Pembangunan Semula Sekolah Daif di Sarawak Menggunakan Peruntukan RM1 Bilion Fasa 1 akhirnya siap sepenuhnya dan diserahkan secara rasmi pada Selasa. 

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir dalam satu acara yang berlangsung di pekarangan sekolah tersebut.

Dalam ucapannya, Mohd Chee menzahirkan rasa syukur kerana projek berkenaan berjaya disiapkan dengan jayanya selepas berdepan beberapa cabaran termasuk kegagalan kontraktor asal.

“Alhamdulillah, projek ini akhirnya dapat disiapkan sepenuhnya. Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada pihak JKR Bahagian Betong dan kontraktor DHC Enterprise atas komitmen tinggi mereka dalam memastikan kerja baki diselesaikan dengan baik,” katanya.

Projek ini bermula pada 10 Julai 2020 dengan nilai kontrak asal RM5.7 juta, namun selepas kontraktor terdahulu gagal menyiapkan kerja, baki projek diserahkan kepada DHC Enterprise pada Oktober 2024 dengan kos RM335,000. Kerja-kerja pembaikan dan penyempurnaan itu akhirnya siap sepenuhnya pada Jun 2025.

Menurut Mohd Chee, pelaksanaan projek ini bertujuan menyediakan infrastruktur sekolah yang lebih selesa, selamat dan kondusif untuk para guru serta murid. 

Ia juga merupakan usaha kerajaan dalam meningkatkan aspek keselamatan termasuk pencegahan kebakaran.

“Kemudahan baharu ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan seimbang antara kawasan bandar dengan luar bandar, khususnya dalam sektor pendidikan,” ujarnya.

Beliau turut menyeru agar warga sekolah menjaga kemudahan yang disediakan dan memanfaatkannya sebaik mungkin demi kecemerlangan pendidikan di SK Haji Junid.

Turut hadir Penolong Jurutera JKR Bahagian Betong, Ir Ts Muhammad Kashral Kamalmirza; Wakil Pegawai Daerah Kabong, Ahmad Sabree Salleh; Pegawai Pendidikan Daerah Saratok, Awet Gapor; serta Guru Besar SK Haji Junid, Jamel Razali.

Related Posts

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

BETONG – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas muncul juara keseluruhan Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2026 yang berlangsung meriah di Dewan Panglima Rentap pada Sabtu. Kemenangan itu membolehkan sekolah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

KANGAR – Banjaran Nakawan di Perlis perlu dilihat sebagai aset strategik negara yang wajib dipelihara dan dipulihara secara berterusan, bukan sekadar kawasan hutan semula jadi semata-mata. Raja Perlis, Tuanku Syed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

‎Ruji Ubi dilantik Setiausaha PH Sabah dalam penstrukturan semula kepimpinan

‎Ruji Ubi dilantik Setiausaha PH Sabah dalam penstrukturan semula kepimpinan

Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP

Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP

Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM

Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM