PKR Sabah kukuh dalam PH, tolak retorik pecah belah

KOTA KINABALU – PKR Sabah di dalam Pakatan Harapan (PH) terus memperkukuh kerjasama politik berdasarkan modul perpaduan di peringkat Persekutuan sebagai asas menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, pihaknya dengan tegas menolak retorik, agenda pecah belah dan adu domba yang dibawakan oleh sesetengah parti di Sabah.

“Perjuangan PKR untuk mentadbir Sabah dengan integriti, telus dan tatakelola yang baik akan diteruskan berlandaskan semangat reformasi yang menjadi teras perjuangan parti sejak awal penubuhan bersama PKR di seluruh negara.

“Insya-Allah, PKR Sabah melalui PH akan menyiapkan calon-calon berkualiti dan berintegriti untuk rakyat Sabah pilih mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN17 kali ini,” katanya dalam satu kenyataan media, pada malam Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan mengenai kestabilan politik menjadi kunci utama dalam usaha menyelesaikan pelbagai isu rakyat.

“Antara masalah rakyat ialah bekalan air bersih, ketersambungan jalan raya, bekalan elektrik yang stabil, peluang pekerjaan dan hak Sabah dalam kerangka Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“PRN kali ini bukan soal kepentingan mana-mana parti, sebaliknya tentang masa depan rakyat Sabah dan keperluan untuk memastikan pentadbiran yang efisien serta efektif,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa PRN17 kali ini bukanlah untuk kepentingan mana-mana parti politik.

“Ia adalah tentang masa depan rakyat Sabah. Yang lebih utama adalah untuk memastikan rakyat Sabah dapat menikmati pentadbiran efisyen lagi efektif sebagaimana yang dibawakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan.

“Matlamat kami hanya satu, iaitu untuk memastikan rakyat Sabah menikmati kehidupan berkualiti dan sejahtera di rumah kita sendiri,” ujarnya.

Mustapha turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Sabah atas kepercayaan dan sokongan padu yang diberikan dalam PRN yang lalu, khususnya di DUN Inanam dan Api-Api.

Terdahulu, DUN Sabah secara rasmi dibubarkan pada Isnin bagi memberi laluan kepada PRN17.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang