Ops Bersepadu polis tahan 4 lelaki, keluarkan 24 saman

TAWAU – Operasi Bersepadu yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di kawasan Batu 12, Jalan Apas, awal pagi Ahad berjaya menahan empat lelaki dan mengeluarkan sebanyak 24 keping notis saman trafik. 

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kesemua lelaki berumur 20 hingga 24 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah semasa pemeriksaan dijalankan.

“Manakala 24 saman yang dikeluarkan atas pelbagai kesaahan iaitu  tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh dan tidak memasang cermin sisi dan aksesori keselamatan. 

“Selain itu, nombor plat tidak ikut spesifikasi dan ubah suai eksoz bising serta tidak memakai tali pinggang keledar,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad. 

Menurut Jasmin, operasi ini dijalankan bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara serta membanteras aktiviti lumba haram yang sering menimbulkan gangguan kepada penduduk sekitar kawasan berkenaan.

“Kita turut memberi tumpuan kepada aspek pencegahan jenayah narkotik dan pengawasan terhadap kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berikutan laluan tersebut merupakan antara akses utama dari daerah persempadanan menuju ke Tawau.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjejaskan keselamatan awam,” tegasnya. 

Operasi selama tiga jam bermula 12 tengah malam itu melibatkan 27 pegawai dan anggota daripada Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) dan Balai Polis Bandar Sri Indah.

Related Posts

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan pandangan supaya hukuman khidmat masyarakat diperkasakan sebagai antara bentuk hukuman alternatif bagi kesalahan jenayah syariah. Bagaimanapun, baginda menegaskan pelaksanaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman seorang penjawat awam yang disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara untuk kegunaan banduan. Perintah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undi awal ‘dibanjiri’ wang, SPR perlu buat siasatan

Undi awal ‘dibanjiri’ wang, SPR perlu buat siasatan

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

  • By Aden
  • July 28, 2026
Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor