Wanita Islam miliki peranan penting membela suara Palestin

PUTRAJAYA – Wanita Islam diseru untuk terus mengutuk tindakan genosid oleh Israel dan menyokong usaha solidariti kemanusiaan demi pembelaan mereka yang tertindas di Gaza tanpa mengira bangsa dan agama.

Pengerusi Majlis Wanita Islam YADIM (MAWIM), Profesor Dr Zuriati Ahmad Zukarnain berkata, wanita bukan hanya penerima kesedaran isu Palestin sebaliknya mereka adalah penyokong dan penggerak suara keadulan.

Menurutnya, golongan itu mempunyai peranan penting dalam mendukung gerakan kemanusiaan melalui advokasi, penyebaran maklumat, penggerakan solidariti, sokongan psikososial dan termasuk juga penglibatan langsung di lapangan di kawasan konflik.

“Apabila bantuan disekat, kapal dihalang berlabuh, dan suara tertindas disenyapkan, maka amanah Islam menuntut agar suara wanita Islam turut lantang melaungkan keadilan

“Kita menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian tegas dan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten menyokong konvoi GSF,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat bagi menzahirkan kecaman terhadap tindakan Israel kepada konvoi Global Sumud Flotilla (GSF).

Mengulas lanjut, Zuriati berkata, Perdana Menteri dilihat memberi komitmen dalam
membela nasib rakyat Palestin, menolak sebarang bentuk penindasan, serta mendukung usaha-usaha antarabangsa untuk menamatkan kekejaman dan sekatan yang tidak berperikemanusiaan.

“Sokongan itu adalah tanda bahawa suara kepimpinan negara dan suara wanita Islam Malaysia bergema seiring demi menegakkan keadilan dan kemanusiaan sejagat,” katanya.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin sudah dapat restu Anwar bubar DUN Negeri Sembilan

Aminuddin sudah dapat restu Anwar bubar DUN Negeri Sembilan

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan

Perbezaan politik jangan jadi penghalang pembangunan negeri – Raja Perlis

Perbezaan politik jangan jadi penghalang pembangunan negeri – Raja Perlis

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal