Israel vs Flotila: Pertembungan kuasa tentera dan kemanusiaan di Laut Mediterranean

KOTA KINABALU – Konfrontasi di Laut Mediterranean antara tentera laut Israel dan Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu misi kemanusiaan yang membawa bantuan ke Gaza telah mencetuskan perdebatan global mengenai keberkesanan dan kesahihan undang-undang antarabangsa dalam menghadapi kekuasaan tentera negara-negara berdaulat.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Marja Azlima Omar berkata, beliau menyifatkan insiden tersebut sebagai ujian nyata terhadap dakwaan ahli falsafah undang-undang abad ke-19, John Austin, yang sebelum ini pernah menyatakan bahawa undang-undang antarabangsa bukanlah undang-undang sebenar.

“John Austin berpendapat bahawa undang-undang hanya sah jika ia datang dari kuasa berdaulat yang disokong oleh hukuman.

“Oleh itu, undang-undang antarabangsa yang tiada penguatkuasaan sejagat dianggap sebagai ‘moraliti positif’ dan bukan undang-undang sebenar,” jelas beliau dalam satu kenyataan, di sini, pada Khamis.

Terdahulu, Marja menyatakan bahawa insiden ini mencerminkan pertembungan antara kuasa kedaulatan negara dan prinsip undang-undang antarabangsa satu perdebatan klasik yang dibangkitkan Austin hampir dua abad lalu di dalam analisisnya.

“Israel mewakili sisi realistik dalam teori Austin dan ia adalah negara berdaulat dengan tentera yang berupaya menguatkuasakan kehendaknya.

“Sebaliknya, flotila GSF pula mewakili semangat undang-undang antarabangsa yang bergantung kepada prinsip kemanusiaan, moral global dan penghakiman institusi antarabangsa seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), namun tanpa kuasa paksaan,” katanya.

Walau bagaimanapun, Marja berpandangan bahawa teori Austin kini perlu dilihat dalam konteks moden.

“Walaupun undang-undang antarabangsa tidak mempunyai kuasa paksaan seperti undang-undang domestik, ia tetap membentuk kerangka normatif yang mempengaruhi tingkah laku negara.

“Sebagai contoh seperti ICJ, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Majlis Keselamatan PBB memainkan peranan penting dalam menentukan kesahihan tindakan negara,” ujarnya.

Tambahnya, merujuk kepada keputusan sementara ICJ dalam kes Afrika Selatan lawan Israel (2024) berkaitan genosid, Marja menegaskan bahawa dunia kini semakin mengiktiraf undang-undang antarabangsa sebagai alat akauntabiliti dan keadilan, walaupun ia tidak bersifat paksaan secara langsung.

Dalam pada itu, Marja memberi kesimpulan bahawa pertembungan antara Israel dan flotila bukan sekadar konflik fizikal, tetapi juga simbol kepada dua tafsiran tentang apa itu undang-undang dalam sistem antarabangsa.

“Israel beroperasi atas dasar kedaulatan dan kuasa ketenteraan, manakala flotila berpandukan prinsip dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Walaupun kelihatan tidak seimbang, inilah realiti dunia hari ini undang-undang antarabangsa tetap penting, walaupun tidak selalu dapat ditegakkan secara segera,” jelasnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan