Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Jalan Stutong

KUCHING Seorang penunggang motosikal tempatan berusia lingkungan 20-an maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira di Jalan Stutong, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, nahas berlaku kira-kira jam 4.10 pagi ketika mangsa dari arah Bulatan Stutong menuju ke lampu isyarat Tabuan Tranquility.

“Siasatan awal mendapati penunggang motosikal telah memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian hadapan kereta yang sedang bergerak lurus dari arah berlawanan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah Hospital Umum Sarawak, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara