Industri pembinaan pacu pertumbuhan sosioekonomi Perlis

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menegaskan bahawa sektor pembinaan kini menjadi antara pemacu utama pertumbuhan sosioekonomi negeri.

Baginda bertitah, angka-angka yang direkodkan setakat ini jelas membuktikan sumbangan besar industri pembinaan terhadap pembangunan Perlis secara menyeluruh.

“Industri pembinaan di Perlis kini berkembang dengan semakin pesat, berdaya tahan, dan berpotensi besar untuk terus menyumbang kepada agenda pembangunan negara,” titah baginda ketika berkenan merasmikan Pejabat Baharu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri Perlis di Kangar Jaya, hari ini.

Menurut baginda, pejabat baharu itu diyakini menjadi simbol komitmen berterusan CIDB dan kerajaan dalam mewujudkan ekosistem pembinaan yang kondusif, berdaya saing dan mampan.

Baginda turut menyeru kontraktor, perunding, pelajar serta seluruh warga industri pembinaan di negeri ini untuk memanfaatkan sepenuhnya pelbagai program, latihan dan peluang yang disediakan oleh CIDB bersama kerajaan Persekutuan.

“Gunakanlah peluang ini untuk membina jaringan, memperkasa kemahiran, dan merealisasikan projek-projek yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat,” titah baginda.

Raja Muda Perlis turut mengingatkan bahawa kejayaan sektor pembinaan adalah cerminan kepada kemajuan negeri, justeru usaha memperkukuh kapasiti kontraktor tempatan perlu diberi keutamaan.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan; Timbalan Menteri Kerja Raya, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Zainora Zainal serta dif kehormat lain.

Related Posts

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan