Industri pembinaan Perlis catat projek RM689 juta

KANGAR – Industri pembinaan di Perlis terus berkembang apabila sebanyak 128 projek tertakluk kepada levi dengan nilai keseluruhan mencecah RM689.3 juta setakat September 2025.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah itu, 69 peratus adalah projek kerajaan bernilai lebih RM591 juta, manakala baki 31 peratus projek swasta melebihi RM270 juta.

“Daripada projek-projek ini, kerajaan berjaya mengutip levi sebanyak RM861,715, menunjukkan tahap kepatuhan yang tinggi oleh kontraktor terhadap peraturan yang ditetapkan,” katanya selepas Majlis Perasmian Pejabat CIDB Negeri Perlis di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini terdapat 2,076 kontraktor berdaftar di negeri Perlis, dengan majoritinya terdiri daripada kontraktor G1 yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan negeri.

Menurut Ahmad, pembukaan pejabat baharu CIDB Perlis bukan sahaja memperkukuh aspek pendaftaran, levi dan pemantauan projek, malah menyediakan kemudahan latihan untuk meningkatkan kapasiti kontraktor tempatan.

“Pejabat ini juga menjadi pusat pelaksanaan TVET berteraskan teknologi moden seperti Building Information Modelling (BIM), bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi, berdaya saing serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara,” jelasnya.

Beliau menegaskan, perkembangan positif ini membuktikan Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan Perlis, meskipun negeri ini ditadbir oleh kerajaan pembangkang.

“Fokus utama kita adalah memastikan setiap negeri, termasuk Perlis, mendapat manfaat pembangunan seimbang supaya rakyat tempatan turut menikmati limpahan ekonomi,” katanya.

Ahmad berkata, sokongan kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur di Perlis adalah sebahagian daripada komitmen untuk mengangkat industri pembinaan sebagai pemangkin pertumbuhan negeri.

Beliau yakin, langkah ini akan memastikan Perlis terus berdaya tahan dan berdaya saing dalam ekosistem pembinaan negara, selain membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

Related Posts

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

PUTRAJAYA – Belanjawan 2027 dijangka menjadi belanjawan terbesar negara dengan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan diunjur mencecah RM440.9 bilion berbanding RM421.2 bilion dalam Belanjawan 2026. Menurut MBSB Investment Bank Bhd, peningkatan perbelanjaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

KOTA BHARU – Jenazah pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, dan juruterbang helikopter BO 105S, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, yang maut dalam nahas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai