Rekod sempurna Liverpool lebur di tangan Palace

REKOD tanpa kalah Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris lebur selepas tewas mengejut 1-2 kepada Crystal Palace hasil jaringan lewat permainan Eddie Nketiah, malam tadi.

Palace beraksi penuh bersemangat membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan apabila Ismaila Sarr pantas menyambar bola muntah selepas sepakan penjuru gagal dikeluarkan benteng Liverpool.

Ia juga adalah gol ketiga berturut-turut Sarr menentang The Reds.

Skuad tuan rumah dilihat cukup garang dan berpeluang menambah jaringan sehingga empat gol dalam tempoh 25 minit pertama, namun percubaan lemah Yeremy Pino dan ketangkasan Alisson menafikan cubaan Daniel Munoz serta Jean-Philippe Mateta.

Liverpool yang bergelut sepanjang aksi seakan-akan mampu mencuri satu mata apabila pemain gantian Federico Chiesa menyamakan kedudukan pada minit ke-87.

Namun, detik dramatik tercetus pada masa kecederaan apabila Nketiah melepaskan rembatan menewaskan Alisson.

Gol itu pada awalnya diteliti menerusi VAR sebelum disahkan sekali gus mengesahkan kemenangan bermakna Palace.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai