PRN17 Sabah: Jangan bermusuh, Sabah perlu baik dengan Persekutuan – Anwar

TAWAU – Menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, rakyat diingatkan agar menjadikan prinsip jangan bermusuh serta menjaga hubungan baik dengan Persekutuan sebagai pegangan utama.

Seruan itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan bahawa politik adalah menjaga kepentingan rakyat, bukannya bergaduh atau bermusuhan.

“Yang penting, saya sebut ini kerana prinsip utamanya jangan bermusuh. Melayu lawan Cina, Dusun lawan Kadazan, Cina lawan India, Melayu. Kemudian Sabah nak laga dengan Semenanjung, apa untungnya? 

“Kita pilih orang Sabah yang baik, kita pilih org Semenanjung yang baik. Kita pakat Kerajaan Negeri dan Persekutuan baik untuk jaga kita.

“Ini yang penting. Ajak bergaduh dengan saya buat apa?” soalnya semasa berucap pada Himpunan Temu Rapat Umum sempena 27 Tahun Reformasi di Dewan Terbuka Awam Merotai Besar, di sini, pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Anwar semasa berucap turut menyentuh komitmen penuh kerajaan dalam meastikan kebajikan rakyat Sabah dan Sarawak termasuk melalui pemberian peruntukan pembangunan yang meningkat, SARA, pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang terus diberi perhatian, isu bekalan air, projek tebatan banjir yang dijangka siap pada 2028 serta penurunan harga minyak RON95 dan terbaharu BUDI95. 

Sementara itu, Anwar turut memperkenalkan Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara yang juga anak Sabah dan Merotai ke kampung halaman untuk memberi khidmat pada masyarakat. 

“Pilihan raya penting bagi kita, pilih wakil yang boleh mewakili hasrat orang bawah (akar umbi). 

“Kalau ia wakil Merotai (Ruji), dia mesti ada semangat cinta kepada orang Merotai yang mewakili semangat orang Merotai.

“Tetapi ia juga mesti faham, dia mesti mewakili semangat orang Sabah dan juga dia itu juga anak Malaysia, dia angkat martabat orang Malaysia kerana kita mahu Malaysia itu berjaya sebagai negara hebat di rantau ini,” katanya. 

Related Posts

PRN Negeri Sembilan ruang rakyat nilai ketegasan Anwar pulihkan negara

PORT DICKSON – Rakyat diseru menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebagai ruang memberi mandat moral kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berpendirian tegas dalam isu antarabangsa, usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

PORT DICKSON – Tindakan lebih tegas perlu dilaksanakan kerajaan termasuk mengharamkan mana-mana individu atau pihak yang secara terbuka mempertikaikan asal usul orang Melayu, bagi mengekang perbuatan itu daripada terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Jangan berlunjur sebelum duduk’, Kamarul Arifin mahu politik beradat di Seri Menanti

‘Jangan berlunjur sebelum duduk’, Kamarul Arifin mahu politik beradat di Seri Menanti

PRN Negeri Sembilan ruang rakyat nilai ketegasan Anwar pulihkan negara

PRN Negeri Sembilan ruang rakyat nilai ketegasan Anwar pulihkan negara

PKR tidak perlu bersaing jadi ‘lebih Melayu’ daripada UMNO, Bersatu – Saifuddin

PKR tidak perlu bersaing jadi ‘lebih Melayu’ daripada UMNO, Bersatu – Saifuddin

Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan