Dua maut, 11 cedera dalam kemalangan jalan raya di Skrang

BETONG – Dua mangsa maut manakala 11 yang lain cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah van sewa dan kenderaan pacuan empat roda di kawasan pusingan P di Skrang pada Jumaat. 

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Betong, panggilan kecemasan diterima daripada pihak hospital sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.

“APM Betong telah menggerakkan seorang pegawai dan empat anggota dengan kekuatan aset logistik ambulans 4×4 Malaysia yang diketuai oleh Lt. M (PA) Mohd Faizul Johari,” jelas jurucakap APM dalam kenyataan pada Jumaat. 

Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang membawa lima penumpang dan sebuah van sewa yang ditumpangi lapan penumpang dipercayai daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Empat mangsa iaitu dua lelaki dan dua wanita dewasa mengalami kecederaan parah, manakala seorang bayi lelaki hanya cedera ringan. Bagi penumpang van pula, dua disahkan meninggal dunia di lokasi, empat cedera parah dan dua lagi cedera ringan,” katanya lagi.

Jurucakap itu turut memaklumkan bahawa pasukan APM membawa seorang mangsa cedera parah dari van ke Hospital Betong untuk rawatan lanjut. 

“Mangsa lain telah dihantar oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Dua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Related Posts

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, memelihara warisan budaya serta memperkasa daya saing rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

BATU PAHAT – Dua individu, termasuk seorang wanita, maut dalam dua kemalangan jalan raya berasingan yang berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan di daerah ini awal pagi tadi. Kedua-dua kejadian yang berlaku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi