Klinik Desa Batu 7 akan dinaik taraf, klinik baharu bawah RMK13

SANDAKAN – Klinik Desa Batu 7 yang sudah beroperasi sejak 1995 bakal dinaik taraf kepada Klinik Kesihatan Jenis 3 menerusi projek pembinaan klinik baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, klinik tersebut kini menampung purata 320 pesakit setiap hari dengan liputan populasi seramai 85,000 orang.

Menurutnya, ruang tapak yang sempit serta kekangan tempat letak kenderaan bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan malah turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

“Sebagai Ahli Parlimen Libaran, saya telah berulang kali membawa isu ini ke parlimen bagi memastikan suara rakyat khususnya penduduk Batu 7 didengar dan diberi perhatian sewajarnya.

“Alhamdulillah, hasil usaha berterusan, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyatakan komitmen untuk menaik taraf Klinik Desa Batu 7 dengan cadangan projek pembinaan klinik baharu di bawah RMK13,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Suhaimi berkata, perkembangan tersebut amat dialu-alukan kerana ia merupakan langkah penting dalam penyediaan fasiliti kesihatan yang lebih moden, selesa dan bersesuaian dengan keperluan penduduk setempat yang semakin meningkat.

Related Posts

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei

SARIKEI – Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) telah melaksanakan lawatan penanda aras sempena Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei (SKS) yang berlangsung dari 7 hingga 9 Ogos lepas sebagai persediaan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot fiber yang membawa lapan penumpang ke Pulau Langkawi tanpa kebenaran di perairan Kuala Perlis, lewat petang semalam. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi