PMX ke Sabah, segerakan projek rakyat

PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berlepas ke Kota Kinabalu dalam masa terdekat bagi menyegerakan beberapa projek penting untuk rakyat, termasuk pembangunan semula Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya yang rosak teruk akibat kejadian tanah runtuh.

Ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini, Anwar memaklumkan kampus tersebut mengalami kerosakan menyeluruh dan sukar untuk dibaiki. Justeru, kerajaan kini sedang meneliti cadangan untuk memindahkan institusi itu ke lokasi yang lebih sesuai.

“Perkara ini sebenarnya tidak termasuk dalam perancangan awal Kementerian Kewangan. Namun, beberapa penyesuaian perlu dilakukan. Kalau tanya bahagian belanjawan, mereka akan jawab setuju tetapi dengan menggunakan peruntukan sedia ada. Saya akan ubah suai sedikit,” katanya.

Menurut Anwar, penyesuaian bajet yang dibuat bukan bertujuan untuk berbelanja secara berlebihan, sebaliknya bagi memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan kerajaan.

“Apa sahaja hasil negara, bukan untuk bermewah tetapi untuk kebajikan rakyat,” tegasnya.

Terdahulu, Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya menyediakan laporan terperinci mengenai tahap kerosakan bangunan IPG Kampus Gaya, susulan kejadian tanah runtuh yang menjejaskan struktur kampus tersebut.

Langkah kerajaan ini mencerminkan komitmen terhadap pendidikan dan kesejahteraan rakyat, khususnya di Sabah, dalam memastikan infrastruktur pendidikan terus terpelihara demi masa depan generasi akan datang.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung